LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 5 November 2012

Bila Ada Orang Kahwin

Assalamualaikum...

Hari ni mama tak masuk ofis, berjimba kat UTeM, dengan papa. Hakhakhak... bukan berjimba pun, dok depan pc saja. Sama jek kekdahnya kalau mama masuk ofis pun.

Bulan ni adalah bulan PIC kahwin. Hujung minggu lepas, sorang dah settle. Hinggu minggu nanti, sorang lagi pulak.

Disebabkan yang berkahwin adalah PIC, maka dah jatuh hukum wajib untuk mama pergi weddingnya. Boleh putus sahabat wooo kalau tak pergi. Hehehehe... Kalau tak, memang akan dipandang sepi sajalah invitation kadnya. Bukan tak sudi, tapi tak mampu nak pergi. Huhuhuhuhu... Alasan sangat, kan?

Disebabkan weddingnya adalah di KL, haruslah mama mengambil kesempatan. Oh, ye! Orang Melaka jakun sangat pergi KL, sebab kat KL asyik nampak ba-teta-api (keretapi-LRT@Monorel@apa-apa jelah). Hehehehe...

Kononnya pukul 8 dah nak gerak dari rumah, sebab nak berlama-lamaan berpeleseran di kotaraya. Kononnya jelah! Pukul 8 baru semua orang tergedik-gedik nak mandi. As usual, adik adalah pelambat.
Singgah breakfast kejap kat rumah MIL, then terus shoot ke KL. Around 11am, dah sampai kat KL. Nasiblah ada GPS teman setia anda, kalau tak memang tak sampai lah mama. Alangkan ada GPS pun berpusing-pusing. Hehehehe...

Kat KL mama tak berjimba ke mana pun, pergi Jalan TAR jek pun. Pergi Globe and Semua House. Ni semua sebab terpengaruh dengan bisikan-bisikan "semua ada and murah-murah". Bila dah sampai, mama kuciwa, sebab tak segah macam yang digembar-gemburkan. Ke mama yang tak reti? Atau mama yang terlalu cerewet? Masuk tengok kain langsir kat Globe, terus cakap " not my taste", kan? Keji sangat. Hehehehehe...

Lepas dah kuciwa-kiciwi kat Jalan TAR, teruslah nak bergumbira dengan pengantin pulaks. Masa mama tengah makan, nampak kawan-kawan lain pun sampai. Terus kenyang, kan? :)

Eh, cik abang pengantin dah sampai. 

Buat-buat tenang, ye dak? Hehehehe...

Mr. and Mrs. Ako. 




Peramai majlis.

Nak kata anak daras tak boleh, sebab ada 2 mak dara kat situ.
:D


Mama takde gambar dengan pengantin, sebab ada orang tu (papa, bukan nama sebenar) dah sebok-sebok ajak balik. Tensi~

Before chiow dari rumah pengantin, sempat lagi mama menapau buah mata kucing and tapai. Suka pulak adik makan mata kucing. :) Ada pakcik tu, siap pow sekilo buah mata kucing tu. Kot iye pun, kan.  Papa bukan main lagi gelakkan pakcik tu. 

Petang semalam, mama makan tapai pulut yang dapat masa kat rumah mrs. ako hari tu. Ambil 2, tapi satu dah makan dalam kereta. Terus rasa macam taubat, sebab habis satu badan bisa-bisa. Tak taulah sebab tapai ke apa. Mungkin a combination of hujan+tapai kot. Terasa macam nenek-nenek sangat. >_<

Tiramisu.
Tiramisu ni sedap, tapi kali ni punya macam soaky sikit. Terus belanja diri sendiri selepas episod menahan sengal nenek-nenek and sakit kepala. ;p. Nasib baik tak payah ambil MC.


7 comments:

  1. NAK TIRAMISU TU JUGAKKKKKKK HAHA

    ReplyDelete
  2. cetul la la, aku pun beli weh. satu RM2, ko pesan kat mrs kecik. kakak die jual.

    ReplyDelete
  3. Meh la cetul la la..1 rm2 je..hihi..kalo nk order utk doorgift pun bole ;)

    ReplyDelete
  4. Wife saya sendiri ada la 2 kali aja kot gi jalan TAR? Tu pun masa nak kawin dulu, sibuk carik barang..ahahahaha...Kami tak gemar ke sana sebab panas, dan susah nak parking..Awak kat Melaka, terjah aja Tangkak tu..lebih dekat..byk jugak langsir, kan? ekekekeke

    ReplyDelete
  5. DaddyZZ, konon2 nak ubah angin. Bila dah pergi, teruslah rasa Tangkak lagi best. Hehehe.

    ReplyDelete
  6. haha,, yeker,, besar mana ni? nak nak,, hehehe,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idakle besar mana, tapi berbaloi-baloilah untuk RM2 tu. Hehehehe

      Delete