LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 11 February 2015

Bila Anak Dah Sekolah

Assalamualaikum...

Tahun ni Along Adam dah darjah 1. Adeeh... kejap jek masa dah berlalu. Bila tengok anak dah besar, rasa cam dah tua dah, tapi eh, muda lagi. Eh, camno ni. Hihihihihi.

Tengokla tu perangai dia.

Hari-hari pergi sekolah, time pergi jek baju cantik putih bersih, balik harap maklum sajalah. Tu yang kalau boleh membebel tu, 3 hari 3 malam pun tak habis. Dengan minyaknya, dengan kesan contengnya. Sabor jelah.

Hari-hari pergi sekolah bawak RM2. Rehat nanti dia belilah mee goreng. So far memang mee ajelah yang dia dok beli, without fail ok. Dah berapa minggu dah sekolah ni. Bayangkanlah. Anak sapa la dia niii. ;P Entah apa sedap sangat makcik kantin tu masak pun tak taulah. Orang lain makan sepinggan jek, dia 2 pinggan. Sepinggan mana cukup, baiii. Hihihihi. Pernah ada one time tu, sampai 3 pinggan dihentamnya, Sampai orang kantin tu pun tegur. "sedap sangat ke ni? ". Hahahahaha. Lawak la Adam ni.

First day sekolah, balik-balik sekolah dah kecoh bagitau mama dia jadi ketua. Siap cakap, mama and papa kena dengar cakap dia sebab dia kan ketua. Eh, over pulak budak ni.

Sekarang ni, pagi-pagi pergi sekolah Adam tumpang pakcik sebelah rumah. Pukul 6.30pagi dah keluar rumah. Gila ko! Pukul 6 dah kena bangun dah. Kesian jugak mama tengok dia. Celik mata jek dah kena marah dah. Hahahaha. Iyelah, ko tu dahlah tumpang orang. Ko expect orang tu nak tunggu ko pulak? Banyak cantik muka! Bangun-bangun masuk bilik air, menung dulu. 4 kali suruh gosok gigi, barulah nak capai berus gigi. Dah gosok gigi, nak mandi, menung lagi. Adehhh. Manalah pagi-pagi tak kena bebel. Tu belum lagi kalau ada bukak TV. Nak pakai seluar pun silap-silap 10minit. Mama selalu ugut dia kalau dia lambat-lambat, kang pakcik tinggal, mama taknak hantar. Tau pulak dia cuak. Hihihihi.

Tengahari mama yang akan jemput dia. For now, dia transit dekat tadika angah. Dah tanya teacher Yong, dia kata ok. Nanti pergi sekolah agama pun teacher Yong yang akan hantar.

Mama sorang-sorang uruskan anak-anak, terkangkang-kangkang rasanya. Hahahahaha. Walaupun ada certain hari tu mama kelas 1 jek, tetap rasa cam terkejar-kejar. Duduk kat ofis pun cam asyik tengok jam jek.

Takpelah. Bukan senang nak senang, ye dak?



Thursday 5 February 2015

A come back

Assalamualaikum...

A come back la sangat. Puiii. Hihihihihihi.

Lama hoih mama berhibernasi. After 92 hari bermaternity leave, mama dah selamat dah pun naik kerja semalam. Malu iols bila ada sorang, dua colleague yang wish 'selamat kembali bertugas'. Nak wish, wish plak aih. hihihihihihi.

Selama 92 hari ni, mama dengan katak bawah tempurung tiada beza. Eh. Tapi mama lebih macam katak dalam botol. Gitu. Bukan sebab gemok macam katak, bukan. Bukan sebab rupa dah mengkatak. Iolss is menten muda dan jelita, giteww (mata keatas sangat-sangat). Nampak semua yang berlaku disekeliling, tapi taktau apa yang jadi. Boleh? Hahahahaha. Takde semua pun taktau, tapi adalah menda-menda yang mama macam terlepas. Al-maklumlah, rumah takde tenet. Harap rumah jek besor, internet pun takde. Habis, dah duit habis dibayor ke rumah yang besor, camtulah. Hihihihihi. Acah-acah besor jek, Jangan percaya.

Dalam 92 hari ni, sebenarnya banyak mende yang dah menimpa family mama, yang mama tak banyak, sikit dah ubah family kami. Nampka tak, kami. Maknanya bukan mama jeklah yang affected kat sini. hewhewhew.

Mama start cuti 31 October. Belum bersalin pun masa tu. Saja-saja cuti. Bosan datang ofis asyik melanguk jek. So apply lah annual leave 1 hari. So, perkara-perkara penting started to happen on 1 November.

1 November 2014: Wedding Reception Kakngah & Faeiz. 

Depa ni nikah lama dah, tapi sebab masing-masing still kat Ireland tak dapat balik immediately after nikah tu, so reception ni dihold dulu lah sampai ke November. Plan asalnya, masa arwah mak ada lagi, dalan NOvember-December tulah nak buat majlisnya. Once dapat berita pasal mak meninggal, depa balik on the spot, and dapat cuti sampi awal November, so kami bincang adik-beradik and pakcik-makcik yang mana ada so decided to have the reception on the 1 November. Mama masa tu dalam dilemma. Hati ni mengaruk-garuk nak balik, tapi papa tak bagi balik. Menunggu hari jek kot masa tu. Last-last tercapai jugak lah hajat mama. Tu pun, sebab FIL sound papa, suruh bawak jugak mama balik. Thanksssss mak and ayah!


Gumbiralah hati tak terkira katanya dapat berkumpul beramai-ramai. Sedara from KL ramai yang turun.

The perantin. 

The 4 of us, anak-anak Hasan and Rossnah. 

Pasaipa nak buat jugak the wedding on the 1 November tu? Sebabnya ialah... Perantin ni, 3 November  tu depa dah nak fly balik Ireland dah. Nak buat awal-awal, abah balik dari haji pun dah 26 October tu. Tu jelah masa yang ada nak buat majelis pun.

Now I know perasaan mak bapak kawenkan anak. Hoihhh. Sebak oih. Padahal mama tak buat apa pun. Just menghadirkan diri jek. Semua pun pengantin sendiri yang uruskan.

3 November 2014: The arrival of AH#3
Setelah sekian lama menunggu,acehhh... macamkan menunggu bulan jatuh ke riba, akhirnya tuan puteri yang dinantikan yang mama dok kira hari hari-hari, selamat dilahirkan. 

Hello!

Introducing our beloved princess, 
Arissa Humaira binti Yasseer. 

Adik lahir on 3 November 2014, 3.33am, 3.62kg. Mama menahan sakit lebih kurang dalam 2jam jek macam tu masa nak lahirkan adik. Pejam celik-pejam celik, now adik dah 3bulan. Alahaiiiii. Sekejapan jek rasanya.


19 November 2014: Rest in peace, FIL


Selepas 2 hari bertarung nyawa di ICU, FIL akhirnya pergi jua. (Will story later)


12 Januari 2015: Along Darjah 1


Tengokla. Dia yang paling besar mama rasa among kawan-kawan dia. Orang lain makan sepinggan jek, dia taram sampai dua pinggan masa rehat. Adehhh. Mama baru menaruh harapan yang dia akan kembali slim semula bila dah sekolah. Hari-hari mama bagi duit belanja RM2, selesai. 

Ala... nak jemput dia balik sekolah ni. 


Tadaaaaa.