LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 May 2013

Adam

Assalamualaikum...

Semalam marked seminggu Adam operate. Operate buang tonsil dia- tonsilectomy.

Pagi-pagi, 21hb tu dah pergi menebeng kat hospital. Punya awal keluar rumah, padahal appointment pukul 9. Hospital besar ni, kalau nak parking dekat, pukul 7.45 dah mau ada kat sana. Kalau tak, merasalah parking entah kat mana-mana.

Admitted kat wad pukul 1230, padahal patutnya masuk pukul 12. Nasib baik tak masuk pukul 3. Hehehehe.




Acecece... masa mula-mula masuk, dia tak tau kenapa nak duduk kat hospital, kemain lagi hero. Tak duduk diam. Japgi, nurse datang check suhu dengan amik BP, meraung macamkan kena potong kaki. Appadaaaa...



Nampak jek dah besor, tapi menangis budak kecik pun surrender. Hehehehehe...


Masa nak pasang jarum yang kat tangan tu, lagilah. Dia punya raungan sampai ke luar boleh dengar. Macam-macam dia jeritkan. Naik berpeluh Dr. tu nak pasangkan dia. Sakit sangatlah tu kononnya. Siap mintak call nenek, nak mengadu tangan sakit. Eleh..

Before. Muka blurr jek. Entah hapelah dia ingat masa ni ek?

Adam adalah orang pertama yang akan dioperasikan. Papa kata ada 5 orang yang sama kes macam Adam. Mama nampak ada sorang jek. Pukul 7.40pagi macam tu, dah ditolak ke Dewan Bedah. Masa ni salah seorang (mama / papa) boleh tunggu. Punyalah mama nak tunggu dia masa ni, pukul 6.30 pagi mama dah keluar rumah. Nasib baik masa mama sampai, dia belum start lagi. Tengah tunggu lagi. 

Masa tolak masuk Adam, mama ikut. Sampai kat dalam OT tu, bila dia dah tidur, mama dah kena keluar. Nak tidurkan dia (pakai topeng gas) tu pun satu hal. Mula-mula, ok lah. Dia tertipu dengan trick Dr. suruh tiup belon. Kejap jek pastu, dia meronta taknak tiup pulak. Dr. kata, ada bau sikit, sebab tu dia taknak. Tau pulak tu. Adoiii... Kenalah 2,3 orang peluk dia sementara Dr. pekupkan mende alah tu kat hidung dia. 


Right after. Observation. 
The procedure ambil masa kurang  dari 1.5 hours. Dah keluar tu, duduk kat observation room. After half an hour, dah sedar, dah ok terus tolak masuk wad balik. 

Masa kat wad tu, adalah dia kejap-kejap tido,  kejap-kejap tido. Adam kena puasa start pukul 12 malam sebelumnya sampai pukul 4 lebih. Tu pun sebab Dr. round. Agaknya, kalau Dr. round pukul 7, sampai pukul 7lah kot kena puasa. Kesian. Dah pukul 3 lebih camtu, meratib mintak nak makan. Macam-macamlah keluar. Nak ayam lah, itu lah, inilah. 



Ada ke orang sakit macam ni? Merayap kat katil orang. Tau tak, asal dah Dr. kata boleh makan, terus habis seketul roti. Terkedu mama. Ingatkan nak bagi dia minum air dulu ke, minum susu ke. Ini tak, roti terus. Habis pulak tu. Kusssssss semangat anak aku. Hehehehehehe...



Budak ni set-set Adam jugak. Umur dah 8 tahun, tapi Adam lagi besor. Hahahahahaha. Dia punya melepek tak menahan. Sikit-sikit nangis. Asyik dengar mak dia marah jek. Hahahahaha...

Now Adam alhamdulillah. Mama papa just nak jaga dia jangan demam jek. Takut jugak. 

Oh, sekarang ni mama tengah nak adapt dengan suara baru Adam. ;P




Monday 20 May 2013

Down

Assalamualaikum...

Sedih.

Mama saja-saja pi buat check up kat klinik Nur LPPKN jumaat lepas. Plan asalnya nak buat mamogram, tapi ropenye free mamogram tu untuk orang 40 tahun keatas saja. So mama pun amiklah pakej check yang biasa-biasa jek. Biasa tak biasa, kena lah jugak buat pap smear. First time tau, anak dah dua, tapi tak pernah buat. Tak tau lagi result dia, klinik kata makan 2-3 minggu jugak baru boleh dapat.

Yang menyedihkan mama ialah glukos dalam darah mama adalah 12. Tinggi okeh, kalau normal walaupun lepas makan, tak lebih dari 11. Hari ni mama pergi check lagi, lagi tinggi - 13.2. Huhuhuhuhu... down gila rasa nih.

Kalau papa yang kena, memang mama padan muka kan aje. Ni mama yang kena ok. Serious tak boleh terima hakikat. Punyalah mama jaga makan, minum air pun tawar-tawar jek, jaga kesihatan kononnya. Now, apa dah jadi?

Dah lah sekarang ni mama plan nak pregnant. Kalau time pregnant mama ada diabetis macam mana? Risiko tau diabetis and mengandung. Nangis.

Huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu

Monday 13 May 2013

Amarah

Assalamualaikum...

"Mama kawan Adam?"
"Kawanlah"
"Mama marah-marah Adam tu"

Kesian alahai anak mama.

Dalam seminggu ni, asyiklah rasa nak amarah jek. Yang jadi mangsa keadaan, adalah si Adam. Tapi Adam pun satu hal jugak. Makin dilarang, makin menjadi-jadi. Mama dah jadi mak singa, mengaum se-das, baru tau nak dengar. Adik pun, dua hal. Sampai abang tu nak sentuh sikit pun tak boleh. Abang nak peluk, bising. Abang nak kiss, bising. Abang tarik kaki, lagilah dia bising. Hadoiiii...



Ni lagi satu bikin amarah. Punya banyak kasut dalam kereta, padahal orang ada 4 orang jek. Tengoklah, si kenit tu punya kasut. Dia sorang je sampai 4 pasang. Entah apa yang banyak sangat pun tak tau. Last-last kasut abang jugak yang disebatnya.


Bukan setakat kasut jek yang banyak ok, botol kosong pun sama banyak. Manalah tak penuh kereta tu. Dahlah kecik keretanya.

Baru jek kemas, dah penuh balik kereta mama tu. Malu nak pelawa orang naik kereta mama.

Friday 10 May 2013

Sweet and Sour

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak dapat kunci rumah ni, mama adalah buzy sikit. Nasib baiklah dapat kunci hari tu ngam-ngam soi duit pun dah mencapai target. Alhamdulillah. Kalau tak, duduk gigit jari dulu lah. Hehehehehe...

Bila datang angin nak memasak, cong ceng-cong ceng kat dapur, kejap jek dah boleh makan. Mama pun heran jugak dengan diri sendiri, pasai pa yang boleh malas sangat? Hehehehehe...

Jom, hari ni mama share resipi yang super senang. 15 minutes, for sure, dah boleh makan.


Drumet Ayam Sweet Sour

Bahan-bahan:

Chicken drumet
Cili kering, dikisar
Bawang besar, dipotong ikut suka
Bawang putih, diketuk
Tomato, potong ikut suka (taknak letak pun takpe)
Sos cili
Sos tiram
Garam & gula, secukup rasa
Air, setengah cawan

Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng drumet hingga masak. (Ikut suka nak garing ke tak). 
2. Pada masa yang sama, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. 
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak hingga pecah minyak (cili masak).
4. Masukkan air, sos tiram, sos cili, gula dan garam secukup rasa. Kacau. 
5. Masukkan bawang besar dan tomato. Kacau seketika. 
6. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau seketika. 
7. Sedia untuk dihidangkan. 

Senang, kan? Ni kalau orang-orang bujang, elok benorle resipi ni. Hikhikhikhik. Yang tak bujang, tapi malas macam mama ni lagi lah elok. Hahahahahaha. 

Selamat mencuba. ;P