LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 13 May 2013

Amarah

Assalamualaikum...

"Mama kawan Adam?"
"Kawanlah"
"Mama marah-marah Adam tu"

Kesian alahai anak mama.

Dalam seminggu ni, asyiklah rasa nak amarah jek. Yang jadi mangsa keadaan, adalah si Adam. Tapi Adam pun satu hal jugak. Makin dilarang, makin menjadi-jadi. Mama dah jadi mak singa, mengaum se-das, baru tau nak dengar. Adik pun, dua hal. Sampai abang tu nak sentuh sikit pun tak boleh. Abang nak peluk, bising. Abang nak kiss, bising. Abang tarik kaki, lagilah dia bising. Hadoiiii...



Ni lagi satu bikin amarah. Punya banyak kasut dalam kereta, padahal orang ada 4 orang jek. Tengoklah, si kenit tu punya kasut. Dia sorang je sampai 4 pasang. Entah apa yang banyak sangat pun tak tau. Last-last kasut abang jugak yang disebatnya.


Bukan setakat kasut jek yang banyak ok, botol kosong pun sama banyak. Manalah tak penuh kereta tu. Dahlah kecik keretanya.

Baru jek kemas, dah penuh balik kereta mama tu. Malu nak pelawa orang naik kereta mama.

No comments:

Post a Comment