LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 December 2011

Bercuti juga akhirnya...

Assalamualaikum...

Heeee... Lebur juga cuti mama 3 hari dek keseorangan, kebosanan dan ketergodaan tengok semua orang tak ada kat ofis, bercuti-cuti Malaysia sakan. Hehehehe. Secara rasminya, hari  ni mama bercuti, sampailah Jumaat nanti. Cuti, cuti jugak. Yang penting, naik cuti nanti harus return test paper budak-budak tu. Hari tu, lepas test dah tanya bila boleh dapat. Tak menyabau.

Mama tak tahulah apa definisi cuti pada orang lain. Lain orang, lainlah definininya,kan. Pada mama, cuti maksudnya hari untuk berehat-rehat. Selalu juga mama dengar orang kata, cuti duduk rumah aje, tak ada jalan mana pun. Habis, mama ni kalau cuti berjalan ke? Memang taklah. Jaaaaaaaaaarang sangat mama time cuti nak berjalan-jalan. Kadang-kadang pergi juga, tu pun bila rasa super boring dah duduk dirumah saja, and selalu pergi dekat-dekat je.

Mama ingat mama nak menjahit time cuti ni. Iyelah, hari bekerja mana nak sempat menjahit dek non oi. Balik kerja dah terbaring. Weekend pulak buzy uruskan rumah and layan anak-anak. Masa pergi Nagoya dengan Kakngah that day, ada jugak mama usya-usya prospek baek punya. Hahaha. Adalah jugak yang mama dah tangkap cintan. Mungkin hari ni akan melayang seratus dua. Hahaha. Memng tak menahan.

Upsss...hari ni mama berdating-yang-tak-serupa-dating dengan papa di lab. Hehehehe. Papa ada kerja, mama pulak saja menyebok, sambil-sambil tu, harap-harapnya dapatlah mama memarking.

:D

Tuesday 27 December 2011

Projek Besar

Assalamualaikum...

InsyaAllah, hujung tahun 2012 atau awal tahun 2013 nanti ada big event dalam family papa. Event apa nya lagi kalau bukan wedding. Tak tahulah jadi 2-in-1 ke tak. Yang pastinya, bakal pengantin dah mula buat persiapan yang macam nak kahwin bulan depan jek gayanya. Hahahaha.

Last weekend, kami tiga beradik, mama, Kakngah and bakal pengantin, pakat pi cari kain untuk langsir. Bakal pengantin kita kata, tema wedding dia nanti purple. Nasib baiklah ada kain langsir yang cantik corak and colornya. Kalau tak, kena lah tukar theme color. ;P. Untuk bilik pengantin, id and deco mestilah Kakngah big bossnya. Mama tak lain, kena jahit langsir untuk bilik pengantin. Langsir untuk rumah, MIL yang akan jahit, atau pun, mama jugaklah kot. Tak tahu lagi, lagipun, ada masa setahun lagi. Err... kalau langsir siap awal, boleh ke pakai masa raya nanti? ;P

Hasil yang dikaut hari tu, boleh tahan lumayan lah jugak. Mama memang geram betul tengok kain-kain cantik tapi murah ni. Menggeramkan jiwa betul. Orang sibuk tengok kain untuk wedding, mama sibuk jugak menengok, tapi untuk our future rumah lah. Hikhikhik... Tak sabar-sabar nih nak masuk rumah baru.

Mandat pun diturunkan...

Assalamualaikum...

Cuti-cuti Malaysia betullah weekend that day. Melepak jek. Serius lupa habis kerja dioffice. Hehehe. Memang patut pun, kan? Time cuti, kita cutilah. Buat apa pula nak buat kerja office. Tak gitu? :D

Hari Ahad, Kakngah (SIL) and family balik. Penuh rumah MIL dengan anak-cucu. Mama and papa dua harian berkampung kat rumah MIL. Siap tidur sana lagi, walhal rumah mama dengan rumah MIL tu sekangkang kera jek. Hahaha. Menggatal jek lebih.

MIL dah memberikan mama mandat untuk menjahit kain sekolah anak buah. Hehehe. Memang suka, hokkay! MIL ni pada mama, papa pun perasan juga, agak susah nak impress. Kalau pun mama masak sedap gila babes, special habis, sampai MIL sendiri pun tak tahu macam mana nak masaknya, dia takkanlah nak puji. Kalau ada pun dipuji, yang gitu-gitu jeklah. Pujian standard kata orang. Hehehe. Nak dijadikan cerita, lepas menggolek ayam hari tu, dah kenyang makan, mama pun lepak-lepaklah dengan MIL and SIL dalam bilik. Mama tanyalah MIL pasal kain sekolah si Nurin, sebab MIL jahitkan baju sekolahnya and sebelum ni kainnya MIL kata tak dijahit-jahit lagi. Mama pun tengah bosan, and rasa macam best jugak kalau dapat menjahit ni, mama pun mengofferkanlah diri untuk siapkan kain Nurin nan sehelai tu. Serius kekok guna mesin MIL, dah lama mama tak guna. Kekok-kekok pun, siaplah jugak kainnya. Tak adalah si Nurin tu nanti, pi sekolah baju baru, kain kelabu asap sebab pakai kain lama. Hehehehe.

Kakngah belikan lagi kain lepas tu, and dapatlah Nurin tambahan 2 helai lagi kain. Kakngah kata, thanks but sorry tak ada nak bagi apa-apa. Nak bagi apa pulak? Mama menjahit pun sebab nak hilangkan gian and kemaruk menjahit jek. Oh ye! MIL impress gilas sebab mama dapat siapkan 2 helai kain Nurin sekejap jek. "Dia jahit memang cepat", "Dia memang tangkas kalau menjahit". Amboih, melambung-lambung pulak mama rasa. Itu saja yang diulang-ulang. Hehehe. Memang seronok hokkay dilambung! Hahahaha...

Mama tak tahulah pulak formula apa yang MIL guna-pakai untuk menjahit kain ni. Mama guna formula sendiri jek. Main bedal ikut dan. Hahahaha. Dari cara MIL tanya hari tu, mama rasa formula MIL tu mungkin leceh and complicated. Sebab tu la gamaknya, kalau bab kain ni selalu hang jek. Baju dah lama siap, kain tak siap-siap. MIL siap bagi statement nak suruh mama buatkan kain dia lepas ni.

Heeeee....Senyum sampai telinga.

Saturday 24 December 2011

Bergolek

Assalamualaikum...

Macam yang dah digembar-gemburkan, hari ni mama menggolek sakan ayam. Hehehehe.. Rumah MIL adalah medan makan-makan. Yes, bukan selalu nak dapat berkumpul ramai-ramai ni, so bila dah sesekali berkumpul, haruslah buat makan-makan yang special sikit. Kalau selalu balik-balik masak lemak cili api, asam pedas, sesekali kita menggolek ayam la pulak. Chefnya makan sikit jek. 8D.

Ayam Golek Suka Hati


Santapan tengah hari hari ni. Sedap,kan?
Ayam golek, masak lemak cili api ikan tongkol, and paru sambal.
Mabeles habis!

Papa and atok pulun sakan.
Psss...
Mrs Kecik-to-be: You have to try my "Ayam Golek Suka Hati". Nanti boleh pikat mak mertua. Hahaha.

oh...my MIL makan saja, tidak puji-memuji as ever. Tapi tak apa, I am happy as always since my FIL pulun sakan, which I know, sedap lah tu. :D

oh...when can I jamu my partner-in-crimes?

Friday 23 December 2011

Cuti



Assalamualaikum...

Hari ni, hari last kelas. Starting esok, students akan bercuti-cuti sakan selama seminguu, lebih kurang. Sem breaks ni bukan students jek yang seronok nak bercuti, lecturers pun tak kurang excitednya jugak. Iyelah, masa students cuti lah lecturer boleh cuti nya pun. Kalau tak, boleh mimpi saja lah.

Cuti mama ada lagi balance dalam 13 hari. Banyak,kan? Tapi sayanglah nak guna. Hehehehe. This time mama tak cuti kot. Kalau cuti pun, sehari jelah kot. Tak decide pun lagi.

Sem ni mama rasa lemau sangat. Hari-hari datang office pun rasa macam paksa rela jek. Padahal, tak ada pun yang paksa-paksa ni. Hemm...

Apa-apa pun, mama kena habiskan dulu kerja marking-memarking test budak-budak ni dulu sebelum mama syok bercuti. Kalau main tibai jek bercuti, mahu nya huru-hara naik cuti nanti. Tahu dah, mama kalau cuti memang cuci kaki terus, (buat-buat) tak ingat dah nak buat kerja-kerja office, walhal kerja menimbun nya pun ada. Hehehe

Esok my in-laws nak balik beramai-ramai. Mama nak belanja ayam golek. Phewww... Terbayang-bayangkan? Bayang-bayangkan lah dulu. Esok kita tengok sama tak hasilnya dengan apa yang dibayangkan, kan.

Oklah. Mau solat, mau balik awal membeli ayam.

Tuesday 13 December 2011

Adam Dah Nak Sekolah?

Assalamualaikum...

Mama sekarang dalam mode excited nak buat persiapan untuk Adam pergi sekolah. Ehhh...baru nak pi sekolah tadika, belum sekolah betul lagi. Sekolah makan-makan dulu. Hahaha.

Alkisahnya, last 2 weeks, ada cikgu tadika datang jumpa FIL, minta hantar Adam ke tadika, kalau tak nanti tadika  sini kena tutup. Aik, punyalah ramai budak, takkan tak cukup-cukup? Rupa-rupanya, dekat Selandar ni ada 2 tadika, Tadika Kemas and Tadika Perpaduan. I have no idea what tadika perpaduan is about, tapi menurut FIL, sama saja tadika perpaduan dengan tadika kemas ni. Lagipun, tadika perpaduan ni paling dekat dengan rumah nenek. So, senang nenek nak jemput Adam if Atok ada kerja.

Merasakan yang mama ni sangatlah excited bila anak mama nak masuk sekolah, mama terfikir, adakah masa mama baya-baya Adam dulu, arwah abah and mak se-excited mama sekarang? Khabarnya sekolah akan dibuka semula pada 3 Januari nanti, maknanya ada lebih kurang 2 minggu lagi untuk mempersiap-siagakan segala barang keperluan si abang ni. Ok, sebelum tu, kenalah tahu apa benda nak disiap-siagakan, kan? Mama  rasa antaranya ialah:

  • Baju sekolah-MIL kata boleh beli kat sekolah je nanti. 
  • Kasut sekolah-Sekurang-kurangnya 2 pasang kasut. Nanti boleh ganti-ganti.
  • Stokin- Mesti beli secara pukal. Sekurang-kurangnya sehari sepasang.
  • Beg sekolah-Beg mama ada. Tropicana lagi. Hehehe.
  • Alat tulis-Oh, Adam sudah minta dibelikan pensil hari tu. Kena beli secara pukal jugak, sebab rasanya banyak yang akan ke laut.
  • Botol air-Mesti bawa air masak pergi sekolah. Tak boleh bawa botol susu, nanti malu kawan-kawan gelak. Hehehe

Eh, makin tak sabar pulak rasanya mama. Macam sekarang jugak nak pi shopping. Hahaha. Ok mama, memang cannot go lah. Hahaha. :D. 3 Januari hari first Adam sekolah, kenalah mama hantar, kan.

Rupa-rupanya, bukan mama saja yang excited tak menyabar, rupa-rupanya Atuk dengan Nenek pun sama saja tak menyabar. Hahahaha. Nenek awal-awal dah membayangkan yang hari-hari nenek akan tolak adik dalam stroller pi jemput Adam balik sekolah. For that purpose, stroller Adik telah pun selamat dibawa kerumah nenek. Hehehe. Atuk pula, papa cerita, katanya nanti Atuk nak jadi AJK ala-ala PIBG. Nanti kalau ada apa-apa event, bolehlah Atuk masukkan Adam. Teringat pulak mama cerita Atuk pasal papa jadi bunga. Hahaha. Please Adam, janganlah jadi bunga.


Rumah

Assalamualaikum..

Dah nak masuk 6 tahun dah mama and papa kahwin, and selama hampir 6 tahun ni jugak banyak kali dah kami berpindah-pindah. Macam orang nomad pulak rasanya. Haha..

L16-D, KOLEJ TUN HUSSEIN ONN, UTM 
(26 November 2006-2 August 2008)

Rumah sepertama-tamanya. Haha. Rumahnya memang kecil, 2 bilik, 1 bilik air tapi besar rasanya untuk kami berdua. Rumah ni lah tempat kami bercintan-cintun. Hehe. Bila diingat-ingatkan balik, masa kami banyak dihabiskan dirumah ni saja. Iyelah, buat apa nak keluar dating lagi kalau dah kekasih hati didepan mata, kan. Walaupun rumah kami kecil, tapi hati kami besar terima tetamu yang sudi nak bertandang kat rumah kami ni. Selalu jugaklah ada acara makan-makan kat rumah ni. Teringat Abang Bob and Man, depa ni antara penumpang tidur di rumah kami. Adam membesar dalam perut mama and dilahirkan masa kami tinggal kat sini. MIL and FIL, tak lupa SIL adalah tetamu tetap rumah ni.

U3B-302, KOLEJ PERDANA, UTM
(2 August 2008-2 May 2009)

Mama and papa memang suka tinggl dalam UTM. Sewa rumah mungkin mahal sikit, tapi fully-furnished. Masuk rumah cuma bawak baju sahaja. Ok, tipu. Kena jugak bawak dapur, tong gas dan segala periuk belanga. Hehehe. Sebab musabab yang paling munasabah ialah sebab mama tengah belajar, so senang banyak kalau tinggal kat dalam. Bila papa guna kereta, memandangkan kereta kami cuma ada 1 saja, jadi mama akan naik bas bila nak pergi kelas. Adam mama hantar kat nursery di tingkat bawah rumah. Hanya perlu turun lif atau turun tangga kalau rajin untuk hantar Adam. Rumah ni lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan rumah KTHO. 3 bilik, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang lebih besar. Tak lama selepas pindah, mama konvo (Degree), mak dan adik-adik datang ramai-ramai. Tuan rumah senyum sampai telinga sebab tetamu selesa. :D.

NO 31, JALAN PULASAN 24, TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG
(2 MAY 2009-2 MAY 2010)

Selepas kontrak kerja papa dengan MMHE tamat dengan jayanya pada April 2009 and papa dapat offer dari FESB, kami sepakat untuk pindah ke Pasir Gudang dengan alasan lebih dekat dengan tempat kerja papa. Iye, setahun yang sangat memenatkan rasanya masa papa dengan MMHE, sebab papa have to travel 80km sehari pergi dan balik, belum kira lagi dengan jam. Keluar rumah 630 pagi dan sampai rumah pukul 10-12 tengah malam dah jadi perkara biasa kepada papa. Selepas puas mencari, akhirnya kami jumpa rumah yang paling berkenan di hati. Sewa RM350, 2-storey terrace house. 3 bilik tidur, 3 bilik air. Tinggal di Kota Masai membawa kami kepada masyarakat. Yes, kami bergaul dengan masyarakat kat sini. Rata-rata surirumah-surirumah belaka, and umur pun lebih kurang je semuanya, memang "masuk"lah. Haha. Yang mama paling suka, setiap hari Sabtu, kami the surirumahs (adalah dalam 4,5orang) akan buat makan-makan. Apa-apa yang kita teringin nak makan, masa ni lah kita masak. Tuan rumah mestilah Kak Ema, rumah dia selang 2 rumah dengan rumah mama. Kak Ema adalah orng pertama yang mama kenal dan dia lah yang tolong contactkan mama dengan owner rumah yang mama sewa tu. Yang mama ingat, kami pernah masak laksam and nasi kerabu. Bertitik-tolak daripada tu lah mama makan nasi kerabu. Haha. 

TAMAN KELUBI DAMAI, JASIN
(2 MAY 2010- present)

Back to Melaka, for good, InsyaAllah. Pindah lagi, kali ni sebab mama dapat kerja kat UiTM. Puas cari rumah nak disewa, last-last rumah ayah (FIL) jugak pilihan hati. Jauhlah sikit nak berulang-alik ke Lendu, tapi siapa sangka, 2013 nanti FSKM nak pindah ke Jasin. Ini betul-betul, bukan cobaan. Rumah biasa-biasa jek, tapi seronok sebab dekat dengan family. Cuma 10 minit perjalanan dari rumah mertua, 5 minit dari bandar Jasin. Pada pendapat mama, rumah ni macam kat centre. Nak pergi UTeM 30 mnit, UiTM Lendu 30 minit, UiTM KBM 30 minit. Eh, memang centrelah rasanya. Adik dilahirkan semasa kami tinggal disini, orang Melaka lah dia. Students bertuah telah pun dipilih untuk bertandang dan sempena ketandangan mereka, adalah sikit makan-makan.

Rumah kecil terasa besar dengan kedatangan mereka.


Bergambar sebelum balik. Masing-masing senyum lebar sebab perut dah kenyang.


Mereka students pertama yang dipersilakan datang kerumah mama.


TAMAN RIM MUTIARA
(somewhere in 2013)


Rezeki anak-anak. InsyaAllah around May-June 2013, kesini lah pulak hala tuju kami. Macam-macam angan mama untuk rumah ni. Haish...tunggu jelah nanti.



Rangka dah siap.


Big boss melawat kawasan.

Monday 12 December 2011

Salah Orang la..

Assalamualaikum...

Dalam FSKM, ada dua orang nama sama tapi tak serupa. Noraini and Wan Noraini. Noraini always regarded as Noraini, and Wan Noraini mestilah Wan Noraini, kan. For youngster macam mama and the gang, Wan Noraini is regarded as Kak Wan. So far, orang-orang  FSKM belum ada lagilah yang tersalah orang.

Masa dalam kelas tadi, mama dapat mesej daripada admin untuk ambil bungkusan yang dicourierkan. Uih..pelik ni. Siapalah pulak nak mengcourierkan barang kat mama ni. Tak pernahlah pulak mama guna address pejabat untuk sebarang urusan surat-menyurat. Takut terlupa, iyelah, mana lah tahu kan, memang betul-betul barang tu untuk mama, tak ke naya jek kalau pejabat courierkan balik ke orang yang menghantar, mama pun pergilah ke pejabat admin. Orang admin tu pun tanya "Wan Noraini?" "Noraini saja". Lepas dah dicheck, Wan Noraini punya ada la.

Buat suspen je lah orang admin ni.

Thursday 8 December 2011

Students

Assalamualaikum...

Ohh... kelas mama hari ni walaupun direct, tp yang bestnya pukul 1230 dah boleh hip-hip hoorey. Yes, kelas mama sampai 1230 saja. Esok pun sama.

Sem ni tak tahulah kenapa, tapi mama dapat students yang bila ditanya "Kenapa", akan dijawab "Entah". Haduyai...kalau sem-sem lepas, memang kenalah khutbah panjang lebar. Students zaman sekarang ni cepat sangat nak menjawab "entah" bila ditanya. Manja sangat budak-budak ni. Semua nak disuapkan terus. Haish...

Wednesday 7 December 2011

Masa

Assalamualaikum...

Memetik kata-kata Prof Muhd Kamil Ibrahim dalam blognya

Masa adalah milik Allah. Janjinya mudah, jika kita melapangkan masa untukNya, maka Allah lapangkan masa kita. Allah akan beri kekayaan di dunia dan di akhirat. Jika kita tidak melapangkan masa untukNya, Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia. Tidak juga nampak kekayaan rohani dan jasmani.


MasyaAllah.

Mama sangat-sangat mengakui apa yang Prof kata tu memang benar-sebenar-benarnya. Mama mengaku yang mama antara yang lalai dalam menjaga masa. Selalu rasa masa yang ada tu tak pernah mencukupi. Mana dengan nak mengajar lagi, nak sediakan nota untuk students lagi, balik rumah nanti nak uruskan rumah lagi. Astaghfirullahal'azim. Alasan semuanya pada mama. Alasan mama untuk diri sendiri. Ohh yess... Azam baru mama untuk 2012, menjaga masa. Macam mana? Ikut saja nasihat Prof MKI. Insyaallah.

Friday 2 December 2011

Azam Lama

Assalamualaikum..

Tahun 2011 dah pun hampir ke penghujungnya. Apa cerita azam 2011 kita? Tercapai ke? 2011 mama tak ada azam yang canggih-canggih. Yang biasa-biasa macam nak jadi yang lebih baik tu mestilah, yang canggih-canggih sikit pun adalah azam yang carry forward dari tahun lepas-lepas punya. Mama ingat lagi, masa tahun baru 2010 azam mama antaranya ialah:

Dapat kerja bagus
Alhamdulillah, Julai 2010 mama dapat kerja kat UiTM. Pensyarah Gred DM45 dengan gaji RM3+++.     Syukur sangat dan azam mama yang satu ni dah membawa mama ke bumi Melaka ni.

Beli rumah
Dah selamat pun 2010 melabuhkan tirai, dan 2011  pun dah tinggal tak berapa hari je lagi, and finally barulah azam mama yang satu ni tercapai. Akhirnya. Terima kasih, Ya Allah. Rezeki anak-anak. Rumah yang mama beli ni memang dah lama menjadi idaman hati. Dah berkali-kali jugak dah mama try nak submit application, tapi masa tu ada hal yang tak mengizinkan, makanya terpaksalah mama tarik diri. Boleh mimpi jelah masa tu. Hehehe. Lepas raya puasa hari tu, selepas di'consult'kan oleh sedara, mama pun applylah terus. Kali ni sebab papa pun sokong, kira-kira bajet pun ok, so kira jadilah. Bank pun tak ada masalah, loan approved. Tak sabar-sabar rasanya nak masuk rumah baru. Yuhhuuuu...Gambar lain kali mama upload.

Apa lagi ye azam mama? Lupa sudahhh...

Untuk tahun 2012 ni, azam mama ialah:

Buat research
Oh..kenalah mama cepat-cepat cari idea research. Julai 2012 ni dah masuk 2 tahun mama kerja kat sini, and tempoh mencuba nasib untuk confirm selama 3 tahun almost expired, kenalah pulun mama pulun habiskan research dalam masa setahun ni jugak. Waaaa.....boleh ke ha?

Tak dapt berfikir azam yang lain.