LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 2 December 2011

Azam Lama

Assalamualaikum..

Tahun 2011 dah pun hampir ke penghujungnya. Apa cerita azam 2011 kita? Tercapai ke? 2011 mama tak ada azam yang canggih-canggih. Yang biasa-biasa macam nak jadi yang lebih baik tu mestilah, yang canggih-canggih sikit pun adalah azam yang carry forward dari tahun lepas-lepas punya. Mama ingat lagi, masa tahun baru 2010 azam mama antaranya ialah:

Dapat kerja bagus
Alhamdulillah, Julai 2010 mama dapat kerja kat UiTM. Pensyarah Gred DM45 dengan gaji RM3+++.     Syukur sangat dan azam mama yang satu ni dah membawa mama ke bumi Melaka ni.

Beli rumah
Dah selamat pun 2010 melabuhkan tirai, dan 2011  pun dah tinggal tak berapa hari je lagi, and finally barulah azam mama yang satu ni tercapai. Akhirnya. Terima kasih, Ya Allah. Rezeki anak-anak. Rumah yang mama beli ni memang dah lama menjadi idaman hati. Dah berkali-kali jugak dah mama try nak submit application, tapi masa tu ada hal yang tak mengizinkan, makanya terpaksalah mama tarik diri. Boleh mimpi jelah masa tu. Hehehe. Lepas raya puasa hari tu, selepas di'consult'kan oleh sedara, mama pun applylah terus. Kali ni sebab papa pun sokong, kira-kira bajet pun ok, so kira jadilah. Bank pun tak ada masalah, loan approved. Tak sabar-sabar rasanya nak masuk rumah baru. Yuhhuuuu...Gambar lain kali mama upload.

Apa lagi ye azam mama? Lupa sudahhh...

Untuk tahun 2012 ni, azam mama ialah:

Buat research
Oh..kenalah mama cepat-cepat cari idea research. Julai 2012 ni dah masuk 2 tahun mama kerja kat sini, and tempoh mencuba nasib untuk confirm selama 3 tahun almost expired, kenalah pulun mama pulun habiskan research dalam masa setahun ni jugak. Waaaa.....boleh ke ha?

Tak dapt berfikir azam yang lain.

2 comments: