LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 23 December 2011

Cuti



Assalamualaikum...

Hari ni, hari last kelas. Starting esok, students akan bercuti-cuti sakan selama seminguu, lebih kurang. Sem breaks ni bukan students jek yang seronok nak bercuti, lecturers pun tak kurang excitednya jugak. Iyelah, masa students cuti lah lecturer boleh cuti nya pun. Kalau tak, boleh mimpi saja lah.

Cuti mama ada lagi balance dalam 13 hari. Banyak,kan? Tapi sayanglah nak guna. Hehehehe. This time mama tak cuti kot. Kalau cuti pun, sehari jelah kot. Tak decide pun lagi.

Sem ni mama rasa lemau sangat. Hari-hari datang office pun rasa macam paksa rela jek. Padahal, tak ada pun yang paksa-paksa ni. Hemm...

Apa-apa pun, mama kena habiskan dulu kerja marking-memarking test budak-budak ni dulu sebelum mama syok bercuti. Kalau main tibai jek bercuti, mahu nya huru-hara naik cuti nanti. Tahu dah, mama kalau cuti memang cuci kaki terus, (buat-buat) tak ingat dah nak buat kerja-kerja office, walhal kerja menimbun nya pun ada. Hehehe

Esok my in-laws nak balik beramai-ramai. Mama nak belanja ayam golek. Phewww... Terbayang-bayangkan? Bayang-bayangkan lah dulu. Esok kita tengok sama tak hasilnya dengan apa yang dibayangkan, kan.

Oklah. Mau solat, mau balik awal membeli ayam.

1 comment: