LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 December 2018

In My Definition of ... Lamb Madghout

Assalamualaikum.

Mama sebenarnya not a big fan of nasi arab. Percaya tak, mama tak pernah masak nasi arab. Kat ofis ni kadang-kadang ada jugak diorang open order rempah nasi arah, entahlah kenapa mama tak pernah teringin nak try jugak.

10 tahun lepas, masa di UTM, mama pernah berjiran dengan a couple from Yemen ni named Ehab (suami) and Marwa (isteri). Suami dia buat master kat situ, isteri dia ikut jela. Isteri dia ni umur lebih kurang baya mama, tapi tak berpelajaran tinggi, so taktau speaks English. Yang mama ni pulak, nama je Islam, Arabic sepatah haram pun tak boleh nak cakap. So, bayangkanlah macam mana kami dua orang bersembang. Macam ayam dengan itik uolsss. Keluar segala bunyi haiwan, bahasa isyarat segala. Hahaha. Yang peliknya,  klik pulak tu kitorang dua orang. Kalau time husband dia ada, okla, dia boleh tolong translatekan.

Pernah sekali, masa mama pergi rumah diorang, mama dipelawa untuk makan. Macam pelik sikit ar, nasi, lauk semua berlonggok dalam dulang. Pastu rasa dia pun macam tak berapa nak kena sangat kat tekak, tapi makan jugaklah uolss. Masa tu, nasi arab belum in lagi. Orang pun tak kenal lagi  nasi arab tu apa.

source: nasi arab
Fast forward 10 tahun kemudian, mama bekenalan pulak dengan madghout ni. Compared to nasi arab, madghout ni adalah lebih kuat rasa rempah dia. Sapa yang suka berempah-berempah ni, dia insyaAllah akan suka nasi ni.


source: lamb madghout
So, in my own definition, here there were on last 12 Ramadhan- lamb madghout, served with salsa.

LAMB MADGHOUT


Bahan-bahan:
500g lamb- dibersihkan dan ditoskan
3 cawan beras - dibersihkan dan ditoskan
1 labu bawang besar -dikisar*
2 ulas bawang putih - dikisar*
1/2 inci halia - dikisar*
1 biji tomato - dibelah 4
1 sudu besar rempah beriyani*
1 sudu besar rempah kari daging*
A dash of serbuk paprika*
A dash of serbuk lada hitam*
A dash of serbuk lada putih*
1 cawan susu cair
Garam, gula secukup rasa

Untuk menumis:
Minyak sapi / butter 
2 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 inci halia diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Untuk hiasan:
Daun ketumbar - dicincang kasar


Cara-cara:
1- Semua bahan * dan lamb disatukan ke dalam periuk tekanan dan disesuaikan rasa gula dan garam. Masak selama 15 minit. 
2- Selepas 15 minit, keluarkan lamb dan ketepikan. (Biarkan jus yang keluar ketika masak lamb tadi di dalam periuk) 
3- Masukkan beras, susu cair dan sedikit air kedalam periuk tekanan tadi. (Sukat air dan susu mengikut cara biasa masak nasi). 
4- Perlahankan api dan biarkan penutup periuk dibuka. 
5- Dalam periuk yang berlainan, panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumisan hingga kekuningan dan naik bau.
6- Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam periuk dan masukkan tomato. 
7- Sesuaikan rasa gula dan garam pada nasi. 
8- Pasangkan penutup pada periuk dan masak selama 5 minit menggunakan api perlahan. 
9- Siap dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Berhati-hati ketika mengendalikan periuk tekanan (pressure cooker). Pastikan periuk dan masakan telah sejuk (tahap kepanasan periuk dah berkurang) sebelum membuka penutup periuk. Tekanan yang inggi didalam periuk akan meletuskan masakan yang berada didalam periuk. Sangat berbahaya especially bila melibatkan masakan berkuah. Kuah dia panas oiiii. Mau melecur kulit. Kena kat muka kan lagi parah. 
#2- Masak guna pressure cooker sangat-sangat menjimatkan masa. Mama guna pressure cooker manual ajerrw, yang canggih pun ada, tapi simpan dalam lemari. Sayang nak guna. Hakhakhak.  
#3- Salsa guna resipi ni










Wednesday 5 December 2018

In My Definition of ... Kari Udang Tanpa Santan

Assalamualaikum.

Sebelum semua ni hilang tanpa jejak dari ngatan mama, baiklah mama lekas-lekas update resipi sini. Hehehe. Apa nak kata, makin hari makin tua, macam tu lah.  


Kari tanpa santan ni sama sedap je dengan kari ada santan. Pada mama lah. Cuma tulah, ada sesetengah orang dia rasa macam macam rasa rempah tu macam kuat sangat kalau tak letak santan. Again, it's individu preferrencelah,kan. Kalau suka bersantan, tambah jelah santan nya. 

Mama sebab kadang-kadang, takde stok santan (walaupun santan segera melambak kat pasaran nun), tapi tekak nak makan kari. Itu yang menjadi kari tanpa santan ni. 

Sedap, kan tengok gambar ni. Insyaallah, tak rugi try resipi mama. Resipi mama selalu simple-simple je, sesuailah dengan tahap kerajinan mama ni. Hehehe.

KARI UDANG TANPA SANTAN


Bahan-bahan:
15-20 ekor Udang - dibersihkan
4 batang kacang panjang - dipatahkan
2 sudu besar serbuk kari - dijadikan pes
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci Halia*
1 keping asam keping
Sedikit daun kari
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
1- Panaskan minyak dan goreng seketika udang. Angakt dan ketepikan. 
2- Bahan bertanda * - separuh dihiris nipis dan separuh dikisar. Bahan dikisar dicampurkan dengan serbuk kari dan dijadikan pes.
3- Tumis bahan hiris dan daun kari hingga naik bau. 
4- Masukkan pes kari. Kacau hingga garing, pecah minyak dan naik bau. 
5- Masukkan udang dan kacang panjang. 
6- Tambahkan sedikit air. 
7- Sesuaikan rasa garam. 
8- Biarkan menggelegak seketika, padamkan api dan SIAP!
9- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Kari tak pernah tak win kalau masa makan, kawankan dengan sambal belacan, ulam and ikan kering. Pergh!! Memang tak kenallah apa itu diet. Hehehe



Tuesday 4 December 2018

In My Definition of ... Korean Spicy Chicken

Assalamualaikum.

Hari ni, masih berkenaan sambutan birthday kakak tu hari, mama nak share resipi ayam goreng Korean style yang howwt sekarang ni. 

Well, apa nak dikata, mama pun terkena jugak tempias k-pop ni, walapun umur macam dah tak berapa nak sesuai, tapi tetapppp. Gittew. Hehehe. 



Rupanya, takdelah susah mana pun nak membuat ayam goreng ni ha. Tak perlu pun sampai nak pergi ke Korea semata-mata nak makan ayam guring. Tapi kalau  dah terpergi, ayam goreng dia must try lah. Baru esok-esok dah balik, boleh replicate balik resipi dia. Resipi mama hari ni adalah berdasarkan citarasa tekak mama yang sebelum ni haram tak pernah rasa pun ayam goreng ala Korea ni. Sendiri first time masak, sendiri first time rasa. Sedap hohoi. Tapi pedas dia tak menahan lah. Entah apsal cili kering kat rumah ni mama terbeli yang pedas. 

KOREAN SPICY CHICKEN

Bahan-bahan:
20 ketul chicken wing - dipotong menjadi drummet
2-3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk lada putih
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu teh minyak bijan
Garam, gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit bijan untuk hiasan 

Cara-cara:
1- Ayam dibersihkan dan ditoskan. 
2- Satukan 1 sudu besar bahan kisar (bawang putih + halia), serbuk lada hitam, serbuk lada putih, sos tiram, garam, dan semua tepung. 
3- Perapkan ayam semua bahan (2) tadi selama 30 minit. 
4- Goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikn. 
5- Ketepikan minyak gorengan ayam, dan tinggalkan lebih kurang 2 sudu besar minyak untuk menumis. 
6- Tumis bahan kisar hingga naik bau. 
7- Masukkan cii kisar. Masak hingga cili garing. 
8- Masukkan sos cili, sos tiram, dan kacau.
9- Masukkan sedikit air jika sambal terlalu kering. 
10- Perasakan dengan gula dan garam. 
11- Masukkan minyak bijan dan gaul seketika.
12- Sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Sedap buat ratah masa panas-panas. Walaupun pedas sampai keluar air hingus segala, still rasa macam tak boleh stop makan. 
#2- Mama perasan yang all the Chinese, Korean and macam-macam lagi jenis cooking in that continent, their cooking mesti nak ada minyak bijan.  








Monday 3 December 2018

In My Definition of ... Orange Cake

Assalamualaikum.

Mama kena simpan resipi ni cepat-cepat kat sini, or else, memang mama akan lupa terus. Hehehe. Disebabkan kekangan masa (sibuk dengan kerja, and so on) tapi still mama nak bake a cake jugak masa birthday kaka k tu hari, so terpaksalah cari resipi yang simple-simple aje. Bahan pun takmaulah yang avantgarde sangat, sebab $$$ pun tak berapa nak ada. Hahaha. Selak-selak buku resipi, jumpalah resipi simple ya amat ni ha. Sedang helok, bahan pun semua dok ada dah dirumah.

Nak jadikan cerita, masa mama dah masukkan kek ni dalam oven, dah 10-12 minit baked macam tu, tiba-tiba papa kata, apsal  berasap ni oven mama, memang macam tu ke? Ah, dah sudah. Jahanam dah ke oven tu? Bila check, rupanya, sebab suhu tinggi (200+C kot macam tu) pastu kek pulak dok kat rack paling atas, memang hangus lah ceritanya. Nasiblah masa tu baru lagi. Bila mama check balik kat oven tu, rupa-rupanya budak-budak ni (Tak tau lah kakak ke angah ke) dah pergi pulas habis tombol  temperature, pastu yag grill tu pandai-pandai pulak da tukar atas saja, tu yang jadi macam tu. Nasib baik cepat perasan, so kek tu dapatlah diselamatkan walaupun 1/10 yang kat atas tu kena buanglah, sebab dah hangus sikit.

Disebabkan time tu jugak mama ada 1001 kerja yang mama nak kena buat, and semua list tu dok dalam kepala je, tersalah loyanglah pulak. Plan asalnya, icecream cake tu nak buat base dia kek orange, kek coklat as sliced cake, tapi since tersalah loyang, then plan pun tukar lah.

Oklah, moh kita salin resepi ye?

ORANGE SLICED CAKE WITH CREAM,
LEMON CURD AND  SALTED CARAMEL DRIZZL


Bahan-bahan:

Kek

1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur
 sudu besar oren sunquick (lebih pun boleh)
1/4 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum*-ayak
1 sudu besar baking powder*-ayak
1 sudu teh esen vanilla

*mama gantikan dengan 2 cawan tepung naik sendiri.

Cara-cara:
1- Pukul marjerin dan gula hingga kembang.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji, dan gaul rata.
3- Masukkan pati oren, susu dan esen vanilla. Pukul sebati.
4- Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan kaup balikkan hingga sebati.
5- Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 160C selama 40-45 minit.
6- Sejukkan di atas wire rack sebelum dipotong. 


Krim
1/2 cawan unsalted butter
1/2 kotak whipped cream
1/2 cawan ising sugar
1-2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1- Pukul whipped cream hingga kembang dan kental. Ketepikan.
2- Dalam bekas yang berasingan, pukul butter dan ising sugar hingga kembang.
3- Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Gaul rata.
4- Masukkan whipped cream yang telah dipukul kembang sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga semua sebati.
5- Masukkan ke dalam piping beg dan pipingkan ke atas kek setelah kek betul-betul sejuk.
6- Sejukkan kek yang telah dipipekan dengan cream ke dalam chiller.