LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 13 December 2011

Rumah

Assalamualaikum..

Dah nak masuk 6 tahun dah mama and papa kahwin, and selama hampir 6 tahun ni jugak banyak kali dah kami berpindah-pindah. Macam orang nomad pulak rasanya. Haha..

L16-D, KOLEJ TUN HUSSEIN ONN, UTM 
(26 November 2006-2 August 2008)

Rumah sepertama-tamanya. Haha. Rumahnya memang kecil, 2 bilik, 1 bilik air tapi besar rasanya untuk kami berdua. Rumah ni lah tempat kami bercintan-cintun. Hehe. Bila diingat-ingatkan balik, masa kami banyak dihabiskan dirumah ni saja. Iyelah, buat apa nak keluar dating lagi kalau dah kekasih hati didepan mata, kan. Walaupun rumah kami kecil, tapi hati kami besar terima tetamu yang sudi nak bertandang kat rumah kami ni. Selalu jugaklah ada acara makan-makan kat rumah ni. Teringat Abang Bob and Man, depa ni antara penumpang tidur di rumah kami. Adam membesar dalam perut mama and dilahirkan masa kami tinggal kat sini. MIL and FIL, tak lupa SIL adalah tetamu tetap rumah ni.

U3B-302, KOLEJ PERDANA, UTM
(2 August 2008-2 May 2009)

Mama and papa memang suka tinggl dalam UTM. Sewa rumah mungkin mahal sikit, tapi fully-furnished. Masuk rumah cuma bawak baju sahaja. Ok, tipu. Kena jugak bawak dapur, tong gas dan segala periuk belanga. Hehehe. Sebab musabab yang paling munasabah ialah sebab mama tengah belajar, so senang banyak kalau tinggal kat dalam. Bila papa guna kereta, memandangkan kereta kami cuma ada 1 saja, jadi mama akan naik bas bila nak pergi kelas. Adam mama hantar kat nursery di tingkat bawah rumah. Hanya perlu turun lif atau turun tangga kalau rajin untuk hantar Adam. Rumah ni lebih selesa kalau nak dibandingkan dengan rumah KTHO. 3 bilik, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu yang lebih besar. Tak lama selepas pindah, mama konvo (Degree), mak dan adik-adik datang ramai-ramai. Tuan rumah senyum sampai telinga sebab tetamu selesa. :D.

NO 31, JALAN PULASAN 24, TAMAN KOTA MASAI, PASIR GUDANG
(2 MAY 2009-2 MAY 2010)

Selepas kontrak kerja papa dengan MMHE tamat dengan jayanya pada April 2009 and papa dapat offer dari FESB, kami sepakat untuk pindah ke Pasir Gudang dengan alasan lebih dekat dengan tempat kerja papa. Iye, setahun yang sangat memenatkan rasanya masa papa dengan MMHE, sebab papa have to travel 80km sehari pergi dan balik, belum kira lagi dengan jam. Keluar rumah 630 pagi dan sampai rumah pukul 10-12 tengah malam dah jadi perkara biasa kepada papa. Selepas puas mencari, akhirnya kami jumpa rumah yang paling berkenan di hati. Sewa RM350, 2-storey terrace house. 3 bilik tidur, 3 bilik air. Tinggal di Kota Masai membawa kami kepada masyarakat. Yes, kami bergaul dengan masyarakat kat sini. Rata-rata surirumah-surirumah belaka, and umur pun lebih kurang je semuanya, memang "masuk"lah. Haha. Yang mama paling suka, setiap hari Sabtu, kami the surirumahs (adalah dalam 4,5orang) akan buat makan-makan. Apa-apa yang kita teringin nak makan, masa ni lah kita masak. Tuan rumah mestilah Kak Ema, rumah dia selang 2 rumah dengan rumah mama. Kak Ema adalah orng pertama yang mama kenal dan dia lah yang tolong contactkan mama dengan owner rumah yang mama sewa tu. Yang mama ingat, kami pernah masak laksam and nasi kerabu. Bertitik-tolak daripada tu lah mama makan nasi kerabu. Haha. 

TAMAN KELUBI DAMAI, JASIN
(2 MAY 2010- present)

Back to Melaka, for good, InsyaAllah. Pindah lagi, kali ni sebab mama dapat kerja kat UiTM. Puas cari rumah nak disewa, last-last rumah ayah (FIL) jugak pilihan hati. Jauhlah sikit nak berulang-alik ke Lendu, tapi siapa sangka, 2013 nanti FSKM nak pindah ke Jasin. Ini betul-betul, bukan cobaan. Rumah biasa-biasa jek, tapi seronok sebab dekat dengan family. Cuma 10 minit perjalanan dari rumah mertua, 5 minit dari bandar Jasin. Pada pendapat mama, rumah ni macam kat centre. Nak pergi UTeM 30 mnit, UiTM Lendu 30 minit, UiTM KBM 30 minit. Eh, memang centrelah rasanya. Adik dilahirkan semasa kami tinggal disini, orang Melaka lah dia. Students bertuah telah pun dipilih untuk bertandang dan sempena ketandangan mereka, adalah sikit makan-makan.

Rumah kecil terasa besar dengan kedatangan mereka.


Bergambar sebelum balik. Masing-masing senyum lebar sebab perut dah kenyang.


Mereka students pertama yang dipersilakan datang kerumah mama.


TAMAN RIM MUTIARA
(somewhere in 2013)


Rezeki anak-anak. InsyaAllah around May-June 2013, kesini lah pulak hala tuju kami. Macam-macam angan mama untuk rumah ni. Haish...tunggu jelah nanti.



Rangka dah siap.


Big boss melawat kawasan.

1 comment:

  1. wahhh..nti kita berjiran yea...berkenalan kt dlm blog dulu......bila umah dah siap br boleh bersua muka..:-)

    ReplyDelete