LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 28 December 2011

Bercuti juga akhirnya...

Assalamualaikum...

Heeee... Lebur juga cuti mama 3 hari dek keseorangan, kebosanan dan ketergodaan tengok semua orang tak ada kat ofis, bercuti-cuti Malaysia sakan. Hehehehe. Secara rasminya, hari  ni mama bercuti, sampailah Jumaat nanti. Cuti, cuti jugak. Yang penting, naik cuti nanti harus return test paper budak-budak tu. Hari tu, lepas test dah tanya bila boleh dapat. Tak menyabau.

Mama tak tahulah apa definisi cuti pada orang lain. Lain orang, lainlah definininya,kan. Pada mama, cuti maksudnya hari untuk berehat-rehat. Selalu juga mama dengar orang kata, cuti duduk rumah aje, tak ada jalan mana pun. Habis, mama ni kalau cuti berjalan ke? Memang taklah. Jaaaaaaaaaarang sangat mama time cuti nak berjalan-jalan. Kadang-kadang pergi juga, tu pun bila rasa super boring dah duduk dirumah saja, and selalu pergi dekat-dekat je.

Mama ingat mama nak menjahit time cuti ni. Iyelah, hari bekerja mana nak sempat menjahit dek non oi. Balik kerja dah terbaring. Weekend pulak buzy uruskan rumah and layan anak-anak. Masa pergi Nagoya dengan Kakngah that day, ada jugak mama usya-usya prospek baek punya. Hahaha. Adalah jugak yang mama dah tangkap cintan. Mungkin hari ni akan melayang seratus dua. Hahaha. Memng tak menahan.

Upsss...hari ni mama berdating-yang-tak-serupa-dating dengan papa di lab. Hehehehe. Papa ada kerja, mama pulak saja menyebok, sambil-sambil tu, harap-harapnya dapatlah mama memarking.

:D

No comments:

Post a Comment