LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 19 November 2012

Bebelan Se-weekend

Assalamualaikum...

Hari ni back to work macam biasa, selepas melalui weekend yang happening. Lebih pening dari happening, rasanya. Hahahahaha.

Minggu lepas, kerja dengan cuti, silih berganti. Mama tetap tegar tak nak ambil cuti, kononnya nak simpanlah cuti tu. Lepas kerja-cuti-kerja-cuti-kerja tu, hajat di hati mama tetaplah tak sampai. Hajat apalah pulak mama ni kan?



Dalam mama rajin-tak rajin ni, berhajatlah jugak kat hati nak buat alas dulang hantaran yang baru. Kononnya cantiklah ni. Cantikkah? At leastlah, dimata mama. Hehehehe... Akhirnya, berjayalah jugak mama siapkan lagi 3 keping hari Sabtu tu. 4 down, 5 to go. Ni semua adalah untuk adik-adik (ipar) yang nak kahwin bulan 2 and 3 nanti. Adik-adik nak kahwin, kakak-kakak yang menggelupur lebih. Untung depa ni ada kakak-kakak ( yours truly, ehem and Kakngah lah of course!) yang sudi campur tangan. ;p. 

Oh ye! Sabtu hari tu mama ke Pekan. Papa bawa jejalan, ad hoc. Pukul 3 keluar rumah, pukul 7 baru sampai. Gila kura-kura bawa kereta, kan? Hehehehe... Alah, bukannya nak kejarkan apa-apa pun. Nasib baik jugaklah pergi, kalau tak, masa-masa akan datang, entahkan bilalah nak pergi lagi. Hari tu pun pergi sebab nak pergi tengok tempat Kakngah. Kakngah pulak, rupa-rupanya Ahad dah nak angkat barang semua, pindah Puchong. 

Daripada tak ada plan nak turun KL, dah melarat sampai ke KL lah pulak kitorang ni. Ni semua kes ikut family Kakngah lah, tak sampai hati pulak nak tolak, walaupun poket rabak sekejap. ;p. Pergh, Pekan-Puchong 4 jam kot. Naik kebas bontot, dengan budak-budak terkuak-kuak bergaduh dalam kereta, tension mama! Last-last, semalam pukul 10 baru sampai rumah.

Mama sekarang ni ibaratkan mandi tak basah, tidur tak lena terkenangkan rumah baru mama. Oh, ini bukan kes rumah terbengkalai. Rumah tu is just fine. Firasat mama kata, rumah tu dah tak lama lagi nak dapat kunci.


Rumah is now 100% completed. Last time pergi, masa hari Deepavali kalau tak salah, rumah tu dah berkunci. Tu lah yang mengkuatkan lagi syak wasangka mama yang tak lama lagi mama nak dapat kunci rumah tu. Nasib baiklah dah ambil ukuran segala tingkap and pintu, bolehlah shopping langsir pulak lepas ni. Hehehehe... Bila tak dapat pergi tengok rumah ni kan, rasa macam angau jek. Hadoiiila...

Esok mama nak pergi Shah Alam, ada research writing workshop. Workshopnya 4 hours jek, lepas tu kita beronggeng rokiahlah. :D

No comments:

Post a Comment