LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 23 July 2013

Ada cara lain tak?

Assalamualaikum...

Mama sekarang ni tengah kusut, tengah serabut. Mama nak adik weaning, tapi macam-macam cara dah mama buat, tetaplah tak berjaya.

Last time balik Kedah, maklang bagi akar seruntun. (Orang kedah panggil akar seruntun, nama universalnya mama taktau). Potong sikit, getah dia sapu kat nipple. Sekali, dua kali. Ok, nampak macam nak berjaya dah. Lepas tu, dah macam tak lut dah mamat tu. Walaupun mama dah sapu getah akar seruntun tu, dia selamber jek hisap jugak. Akar seruntun ni dia pahit. Hujung-hujung nanti rasa pahit yang melekat kat tekak.

Bila akar seruntun tak berjaya, mama try asam jawa pulak. Kali pertama, dengan jayanya. Dia reject terus. Geli kot. Hahahaha... Ingatkan akan berjaya terus. Masuk kali kedua, kali ketiga, dia buat perangai pulak bila tak bagi. Adik ni dia drama lebih. Kalau menagis, mesti nak berguling-guling, nak hentak sana, hentak sini. Pastu, datang kat mama, pukul-pukul mama. Mama kalau setakat ko nak guling, ko guling 18kali pun mama tak kesah. Tapi kalau dah sampai mama pun dapat sakit, ko dah kenapa, kan. Tu yang mama tak tahan, terus bagi jugak nenen.

Mama beli pulak biji sawi kat senseh. Alah, kalau orang bisul, letak mene alah tu, nanti bisul cepat kecut. Pernah tengok tak? Bukan biji sawi yang buat masak tu. Itu lain. Mula-mula letak, as usual, berjayalah. Masa tu, mama kelentong dia kata ulat gigit sebab dia main pasir, tak nak cuci tangan. Pastu pegang-pegang nenen pulak. Mama ingat kali ni success betullah. Tapi dia punya marah "Mama no letak. Baby kata mama no letak" hoihhh... tak menahan. Dia punya determine nak nenen tu sanggup dia kopek satu-satu biji sawi yang melekat tu sampai bersih. Hadoihlah.

Dah berkali-kali dah mama bercakap dengan dia, mama dah macam sampai tahap merayu-rayu dah. Explain yang dia nak dapat baby dah, dah besar, nak sekolah, blablabla. Macam-macam. Dia dengar, tapi no effect. Sekarang ni, mama hanya mampu berdoa jelah. Mama nak weaning sebab mama dah tak larat. Sejak pregnant ni, mama rasa macam sesak nafas setiap kali adik nenen hempap-hempap perut mama. Padahal dulu lek jek.

Ya Allah, permudahkanlah urusan yang satu ini.

2 comments:

  1. Noni,

    Kena banyak bersabar nak wean off susu ni kan. Dulu saya ingat mak saya letak pewarna merah kat breast dia tu. Saya takut sangat dan smp sudah saya tak hisap dah susu dia. hehhee. Saya masih ingat tengok breast mak saya 'darah2'. Masa tu mak saya bitau saya dah nak masuk 3 tahun tapi still nak nyusu badan. Besarnya pengorbanan ibu. hmmm

    ReplyDelete
  2. Si ibu cuti bersalin :p25 July 2013 at 02:42

    Non, aku ade bc letak lipstik konon2 ckp la darah n luka sbb die isap..tak tau bkesan x kt kimi..huhu

    ReplyDelete