LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 26 July 2012

Duit oh Duit

Assalamualaikum...

Nampak beno mata duitannya kan? Hehehehehe...

Baru semalam gaji mama masuk, and semalamlah jugak habis settle semua duit-duit itu. Oh, my! Dapat jek gaji, mama terus keluarkan semua, tolak sana-tolak sini tinggallah beberapa ringgit jek untuk yippie-yippie.

Dalam pada tinggal beberapa ringgit jek tu, sempatlah jugak mama sambar 3-4 helai baju untuk anak-anak melaram raya nanti. Mak bapaknya usah ditanya, pakai saja yang mana ada. Giteww... Lupa pulak nak ambil gambar baju depa.  (^.~). Tapi baju jelah, seluar jeans segala-mala, belum lagi. Tunggu bonus, kekdahnya. Hikhikhik...

Cakap pasal baju anak-anak ni kan mama sesungguhnya sangatlah gusar. Baju Adam sekejap bebenor dah sendat, sarung nangka lagi elok rupanya. Cepat sungguhlah budak-budak ni membesar. Kena pulak maknya cerewet ya rabbi, tapi kedekut tahi hidung masin. Kuikuikui... Baju nak kualiti tiptop, tapi nak yang murah-murah jek harga. Pakai duduk rumah sajork, katanya. Mana nak dapat, kan?

Alhamdulillah, semalam kerajaan dah umumkan yang kakitangannya yang setia separuh mati ni akan dapat bonus setengah bulan gaji. Syukur. Semoga Allah banyakkan lagi rezeki kerajaan. Boleh? Hehehehe... Seriously, sejak mama mendengar khabar-khabar angin sepoi-sepoi bahasa kata akan dapat bonus, mama dah menaruh harapan. Kalaulah tiba-tiba kerajaan kata "Eh, mana ada. Sapa yang pandai-pandai kata nak bagi bonus ni?", maka akan jadilah drama menangis berbaldi-baldi. Mau tak menangis, semua benda nak ditimpapkan atas bonus yang seciput tu. Hehehe...

Berganda-ganda syukur and supriseee bila tiba-tiba tadi ada insan yang sungguh baik hati bagi duit komisen buku. Hari tu dah dapat, ni dapat lagi? Zakat kah? Hehehehe...Sem depan haruslah mama mengorder banyak lagi kan? (Dasar mata $$$) Hehehehehe...

Komisen. 
"Eleh, ingatkan banyak sangatlah tadi". 

Jadilah,kan. Siapa lah yang tiba-tiba nak bagi, saja-saja. Nak harapkan jatuh dari langit? Boleh harap jelah, moga-moga ada. Sekurang-kurangnya dapatlah beli nasi kerabu 3 bungkus,habuan berbuka kan papa kan? Hehehehehe...


4 comments:

  1. Saya pun mata duitan :p
    Alhamdulillah..dpt bonus..
    :)

    ReplyDelete
  2. Semua aku lambakkan atas bonus tu weh. Entah cukup entah tak.

    ReplyDelete
  3. 3-4 helai baju?kenapa aku rasa lebih?

    ReplyDelete
  4. oh... baju yang 5 helai tu tak dikira. sebab bukan baju raya. Hehehehe

    ReplyDelete