LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 11 July 2012

Mertua VS Menantu

Assalamualaikum...

Apakah sejak zaman batu lagi mertua and menantu perempuan memang tak sebulu? Seriously, mana-mana pun, even dalam cerekarama sekali pun, selalulah kisah mertua vs menantu ni dipaparkan.

Syukur alhamdulillah, Allah bagi mama mertua dari syurga. Yes, they are really sent from the heaven.



Being my MIL, beliau ni memanglah suka bertanya. Boleh buat naik angin.
"Cukup tak masak nasi ni 8 pot?"
"Ayam ni nak potong berapa?"
bla..bla..bla...

Kadang-kadang, mama malas nak layan, mama jawab endah tak endah "Ikut mak lah". Beliau yang nak masak, kan. Awat yang nak tanya macam-macam ni?

Selepas 6 tahun mama kahwin dengan papa, and lebih khusus lagi, 2 tahun hidup bertangga dengan MIL and FIL, mama rasa mama dah semakin faham rentak depa and mama try untuk berlapang dada dengan depa (especially dengan MIL).

Manalah nak cari mertua yang nak masakkan ko makanan hari-hari? Dahlah tu, anak-anak ko pulak, bukan main banyak songehnya. Nak makan nasi gorenglah, nak makan kari lah, keropok lekorlah, walhal lauk dah macam nak kenduri dah punya banyak MIL ko masak. MIL and FIL pulak ikutkan jek peel si cucu ni, gigihlah masak jugak apa yang si cucu tu nak, asalkan si cucu bermakan, katanya.

Mama ingat lagi, masa mama pregnantkan Adam dulu, mama was craving for MIL's cooking. Bukan mak sendiri punya tau, tapi MIL's. Masa pregnantkan Adik pun sama, mama tak selera makan, sampaikan FIL pergilah minta mangga muda kat rumah jiran semata-mata sebab mama bertanya. And every now and then, MIL buatkan kerabu mangga untuk mama, sebab dia tau tu sajalah yang boleh bukak selera mama.

Bab makan ni, tak payah ceritalah, memang berjela-jela storynya nanti. Tak ke ko terharu bila dengar MIL and FIL ko suruh anak dia (anak dia sendiri, ok...) tinggalkan sikit makanan untuk menantu dia. Walhal, kalau habis pun, bukannya lah mama ni nak meraung pi batu belah batu bertangkup pun. Esok-esok ada lagi.

Dulu, masa mama masuk wad sebab nak bersalinkan Adam ( tapi tak jadi), depalah yang pertama sampai, and mama menangis masa depa datang visit mama kat wad. Serious masa tu rasa macam sadis sangat. Masa mama nak bersalinkan Adik pun, depa siap tunggu kat labour room. Depalah the first two yang dengar first cry Adik.

Mama seorang yang sangat cerewet. Banyaklah hal yang tak kena, tapi sejak mama try untuk berlapang dada ni, mama rasa lebih tenang. Semua kebaikan, jasa and penat lelah depa clear terpampang didepan mata mama. And mama lebih hormat and lebih berlemah-lembut dengan depa.

Let alone depa pakaikan baju tak matching dengan seluar kat anak-anak, let alone si abang terpakai baju si adik, sebab atuk nenek dah konpius tu baju siapa, let alone semua small matters ni, sebabnya sehari suntuk, time ko kat tempat kerja (buat taik mata, jalan-jalan blog orang, jalan-jalan ukur jalan, dan yang sewaktu dengannya), depa ni bersengkang-mata jaga anak-anak ko yang lasak tak ingat.

Biarlah dapur dia tak tersusun, nak ambil pinggan pun susah, sebabnya bila ko balik jek dari kerja, ko cuma perlu ceduk nasi ke pinggan jek.
Biarlah dia sidai baju tungging terbalik, sebabnya baju anak-anak ko pun dia yang tolong cuci.
Biarlah, biarlah, biarlah.

Walau Adik dan Adam kurus kering sekali pun dalam jagaan atuk dan nenek, mama tak akan sesekali menuding jari, salahkan depa, sebab mama and papa pun takkan dapat buat macam mana atuk and nenek buat.


Semoga Allah panjangkan umur both MIL and FIL, so that kami-kami dapat berbakti kepada depa. Amin...

4 comments:

  1. Wahhh..entry yg bergune utk daku yg br berkahwin :p

    ReplyDelete
  2. Haruslah, kan. Menantu lelaki dengan ayah mertuanya ok aje. Menantu perempuan ni yang susah, lagi2 bila menantu kepala angin (Aku le tu). Hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Mahaplah incik. Button "Like" belum ada. Kalau incik nak "Like" jugak,kena lah incik tulis sendiri. Kuikuikuikui

    ReplyDelete