Amboiiiiiii. Lamanya mama hibernating ye? Hehehe. Minta maafle kome-kome sekalian. I had too much to tell you, yet too lazy even to move a finger. What to do. Aiyyo! Hihihi.
Setelah lama bermalas-malasan, akhirnya mama berjaya jugak untuk masuk dapur. Itu pun sebab rasa eager sangat nak try satu resipi baru yang dishare kat facebook. Mama punya eargerness untuk try something new ni selalunya memuncak bila ada orang nak datang rumah atau pun ada aktiviti makan-makan sesama adik-beradik. Biasalah, mama kan suka nak show-off gitu, so mestilah setiap kali tu nak hidang different and new kind of menu. Barulah orang tau kita pandai masak, kannnnn? Kahkahakah.
Mama masak ni pun sebab Kakngah datang tidur kat rumah. Dia dengan husband dia nak bawak anak-naak jalan Melaka sebelum diorang start buzy bulan depan, katanya. Sebab diorang sampai malam, so mama just masak mee ni lah ha untuk dinner. Mama kan sejenis confident masih belasah jalan terus aje walaupun baru nak test resipi ni. Hahaha. Untungnya mama ni, dapat adik-adik ipar yang mama masak apa pun, diorang makan bertambah-tambah. Orang lain dah complain macam-macam, tapi diorang ok memanjang kalau tanya. Hahaha.
Actually, mee rebus ni, especially Haji Wahid style, memanglah papa tersangat favourite. Orang JB taulah mee rebus Haji Wahid tu macam mana. Ada orang panggil mee rebus jawa. Along panggil mee kari. Apo-apo yolah. Resipi asal kredit to Dr. Chaku.
MEE REBUS HAJI WAHID
Bahan-bahan:
KUAH
500g keledek merah - direbus dan dilenyek/blend
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar udang kering - direndam seketika
1 sudu besar taucu
Sedikit daging - dicincang
Sedikit Gula merah
Sedikit pes asam jawa
Sedikit kicap manis
Kulit kayu manis dan bunga lawang untuk menumis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Air
Cara-cara:
1- Blend udang kering dan taucu hingga halus dan ketepikan.
2- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis (kulit kayu manis dan bunga lawang) hingga naik bau.
2- Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau rata. Masak hingga pecah minyak.
3- Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata.
4- Masukkan taucu dan udang kering. Kacau lagi.
5- Masukkan keledek yang dilenyek/blend halus.
6- Perasakan dengan garam, gula merah, dan pes asam jawa.
7- Tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat.
8- Renjiskan sedikit kicap manis.
9- Biarkan kuah mereneh hingga daging empuk dan kuah mencapai konsistensi yang dikuai.
10- Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
COMPLEMENT
1 bungkus mee kuning - dicelur
Segenggam taugeh - dicelur
1 biji lada besar hijau - dihiris kasar
1 ketul tauhu- digoreng dan dihiris
1 keping fishcake - digoreng dan dihiris
Telur - direbus
Daun bawang (optional)
Bawang goreng (optional)
Cara-cara:
1- Masukkan mee dan taugeh ke dalam mangkuk.
2- Curahkan kuah.
3- Hias atas dengan telur rebus, tauhu goreng dan fishcake.
4- Taburkan cili potong, daun bawang dan bawang goreng.
p/s:
#1- Cili kisar mama dah siap-siap blend dengan bawang. So, masa masak ni mama dah tak tambah lagi bawang.
#2- Mama tak letak halia and lengkuas.
#3- Taucu tu kalau letak 2 sudu besar lagi sedap kot?
#4- Daging tu boleh je ganti dengan haiwan-haiwan lain.
#5- Sebabkan mama nak cepat itu hari, air panas yang dah celur mee tu mama tuang je dalam bekas untuk celur taugeh. Biar kejap dalam 2-3 minit, dah angkat. Sebab taugeh memang nak kena celur kejap je kan?
No comments:
Post a Comment