LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 10 August 2012

Kalut Nak Raya

Assalamualaikum...

Tadi  ikut Mrs. Kecik pi bank tukar duit, tapi keciwa pulak sebab semua dah ilek. Dua bank pergi tadi, dua-dua kata dah habis. Hemm... Nasib baiklah mama tak beria-ia benor nak tukar duit, kalau tak dengan mama sekali keciwa. Oh, mama tak tukar sebab mama nak tukar dengan anak-anak mama jek. Hehehehehe... Clever kan, ai? :p

Hari ni sangat malas, mengantuk sungguhlah tak boleh ditahan-tahan saat ini.

Hari ni, dah 21 Ramadhan. Cepat sungguh Ramadhan kali ni berlalu. Terbang ka? :D Apa-apa pun, kita dah dilast lap, harap-harap taklah tersungkur sebelum sampai kat garisan penamat.

So far, persiapan nak raya almost 60%-70% jugaaklah kot dah siap.Eh, ke dah 84% ha? Entahla, yang pastinya banyak jugaklah benda yang dah tersedia daripada yang belum.

Bonus dah masuk, gaji minggu depan, insyaallah. Si pensyopping tegar dah menggeletis kaki nak menyoping. Konon nak carikan anak-anak baju barang sehelai dua lagi. Tengok jelah nanti.

Mama akan start bercuti sakan daripada hari Khamis sampailah Ahad the following week. Awal-awal mama dah cakap kat papa, mama start jek cuti kita cuci tingkap. Hahahaha... Kenapalah nak tunggu cuti baru nak buat, kan? Kononnya kalau dah cuci lagi 2,3 hari nak raya tu, by the time raya, rumah weolls ni akan nampak berseri-seri bak bintang kejora lah kekdahnya. Hakikatnya, kami-kami ni 'rajin'lah sangat tahap dewa 19.

Sekarang ni, papa tengah berusaha gigih mengecat luar rumah. Yes, you read it right. Mengecat bahagian luar rumah ye kawan-kawan. Sebabnya? Kena tanya papa lah. Mama pun tak tahu. Kalau comot boloh, malam raya pun akan ku paksa cat sampai cantik. Hehehehe...

2 hari lepas, papa bersemangat ajak sibujangs dia mengecat sama. Adam ok, cat elok-elok kata papa. Mama kat dapur asyik dengar papa marah-marah and adik menangis-nangis. Rupa-rupanya, adik semua benda nak dicatnya. Nak cat keretalah, cat lantailah. Kenalah marah. Hehehehe... Datang menangis kat mama, siap merajuk guling-guling dengan papa. Dah salam, baru nak gelak-gelak dengan papa. Aiyyooo... drama king betullah adik ni.

Bila drama king tak puasa

No comments:

Post a Comment