LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 3 August 2012

Weekend Yang Pening

Assalamualaikum...

Tak sanggup rasanya nak melalui weekend untuk 2 minggu yang akan datang ni. Kena kerja kot. Huhuhuhu... Walaupun dapat cuti raya 2 hari free, (free hapa nya. sabtu tergadai kot), memikirkan banyak sungguh kerja yang dapat dibereskan dirumah iteww kalau daku berada dirumah, membuatkan rasa malas bertimpa-timpa.

Minggu ni lagi lah, Ahad pun kerja kot. Ok, ni tak boleh complain, sendiri cari kerja. Semalam masa mama masuk kelas, students bising-bising kata depa tak boleh balik sebab ada program, rasa macam nak mencarut sekejap. Hahahaha. Mencarut mama versi yang sopan lah. Merasalah depa kena sound sedas. Hehehehehe..

Tapi takpelah. Kita tak payahlah nak ingat benda-benda yang merunsingkan ini. Jom kita happykan diri sendiri layan cerita mama last week.

Karamel Blueberry
Happy kan tengok karamel blueberry mama ni? Actually, ni adalah birthday treat untuk papa. Iyelah, masa hari kejadian tu, wish biasa-biasa jek, takde pun belanja-blanja makan ke kan. Kebetulannya pulak, adik-beradik, ipar-duai semua balik weekend tu, so kita proceed jelah projek tu. 

That was my very first time buat puding caramel. Belek-belek majalah, tengok ada resipi. Bolehlah try, tapi cuak jugak, sebab ada jugak sok-sek, sok-sek yang mama dengar kata, kalau resipi dari majalah ni selalunya ke laut.

Untungla orang tu...
Lega rasa mama bila karamel blueberry ni menjadi dengan jayanya. Hehehehe.. Kalau tak jadi? Malu besaq wooo...


Muffin untuk anak sedaras.
Muffin ni ialah muffin blueberry. Muffin ni dah jadi favourite mama since mama makan masa wedding Mrs. Kecik hari tu. Bila ditanya, rupa-rupanya ada instant mix dijual. Teruslah mama rembat sebungkus. Sebungkus tu berat dia adalah dalam 1kg gitu, boleh dapat dalam 30 muffin yang melimpah-ruah macam tu.

Adam and the cousins.

Wonderpet menyelamatkan ikan yang kesesatan.

Dah penat selamatkan ikan, kita main kaler-kalerlah pulak. 

Budak 1Malaysia ni, tau jek dia bila mama nak amik gambar. 
Adam asyik mengira hari jek bila atuk bagi tahu dia yang Aqil (cousin yang paling dia ngam) nak balik. Siap bangun awal nak jumpa Aqil, pada hari kejadian. Kelakar kan anak-anak ni? Adam sangaaaaat jarang dapat jumpa cousin dia, walaupun hakikatnya dia duduk dikampung. My SIL jarang balik, kalau balik pun cukup setakat 1 malam jek. 

Yang paling best apa tau? Hehehehe... My SIL mintak tunjuk ajar ku sifu dengan mama. Ok, memang taklah SIL cakap camtu, kan. Dah tentu-tentu ada mahaguru dalam rumah tu, dengan sifu ilmu baru sampai tahap buku lali ni jugak dia mintak berguru, kan. Maunya tak riang-ria Aidilfitri. Hehehehehe... 

SIL dah berhenti kerja, jadi fulltime stay at home mom since Abang Ngah dapat kerja kat DRB, nun di Pekan sinun. Tu yang jarang dapat balik kampung tu. Yang menjeleskan mama dengan SIL ni ialah dia ada baaaanyak sangat masa untuk buat her favourite thing. Bayangkanlah, daripada tak tahu menjahit, dah tau buat baju kurung sendiri, dari A to Z, semua belajar dari internet sajork. Hebat, kan? Hari tu SIL minta mama ajar dia potong baju melayu. Katanya, kalau untuk anak-anak tu dia main tibai ikut dan pun takpe, tapi untuk Abang Ngah nanti, mau bising banyak complain pulak kan.

Terus mama dapat seru, sahurnya mama potong baju melayu untuk papa and Adam pulak. Hehehehe... #Sindrom tak mau kalah. 

Lupa pulak, seluar baju melayu Adam tu belum potong. Ke pakai dengan seluar hitam sajork? 

3 comments:

  1. Caramel blueberry yg best~~ Nak lg! Sila bawa ke office :p

    ReplyDelete
  2. Kan?Hehehehe...tiba-tiba rasa macam nak menjadikan ia sebagai signature dish haku. Tak mengagak perasan masterchef. Tapi kan, semalam pi kedai tengok instant mix blueberry muffin takde pung.

    ReplyDelete
  3. fuyoo ade signature dish tuu.. agaknye dh ramai prepare nk buat kek n kuih raya, tu yg abis stok kt kdai :p

    ReplyDelete