LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 3 August 2012

Kuih raya

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah Ramadhan 14 dah kita hari ni ye. Entah kan sempat, entahkan tidak kita ni dapat berpuasa sebulan Ramadhan kali ni. Doanya semoga Allah panjangkan umur. #Insaf seketika. 


Last week, adalah seseorang ni mengetuk pintu ofis, mama ingatkan student. Alih-alih bila mama buka, rupa-rupanya akak jual kuih raya lah pulak. Hemm...awal beno jual kuihnya kak oi. Tak sampai 10 hari puasa pun lagi. Atas dasar murah hati, mama pun membelilah 2 jenis kuih. Dah itu jek pun yang ada kot. Sempat jugaklah akak kuih tu mempromote kuih-kuih raya dia. Mama pun orderlah lagi 1 jenis, iaitu kuih ros.


Mama beli awal ni konon-kononnya nak testlah dulu, kan. Kalau betul-betul sedap, bolehlah order lagi untuk raya nanti. Tapi katanya, nanti dah tak jual dah. Pulak dah. Beli awal-awal ni, nanti tak sempat raya lah kak. Sedap pulak ahkak tu sound mama kan. Tinggal jelah kat ofis, kalau bawa balik memanglah habis. Amboiiii...

Terpaksalah mama makan secara berhemah kuih-kuih diatas, nak menyempatkan ke raya punya pasal. Papa kata, sempat jek. Entahlah, mama kadang-kadang memang tak percaya sangat ramalan papa ni. Hehehehe...
Tapi kan, tempeyek dia rasa macam kuih ros. Mama syak (MIL pun cakap benda yang sama) dia guna adunan yang sama untuk kuih ros and tempeyek tu, cumanya untuk tempeyek, tambahlah kacang and ikan bilis seekor. Kuih ros dia memang sedap. 

Harap-harap MIL hulurlah barang sebalang tempeyek kalau dia buatlah tempeyek tahun ni. Sejak jaga Adik, MIL kata dia malas dah nak buat, nanti Adik kacau. Memang ye pun. Pantang orang ke dapur, dia pun mulalah menyebok. Geram jek rasa. 

Beria tiup belon.
Semalam, my little ustaz cedera parah setelah menyembah lantai akibat hilang pedoman disebabkan oleh mengantuk yang melampau. Kelakar betul tengah berdiri elok-elok tiba-tiba jek jatuh. Bila tengok darah meleleh-leleh, terus hilang kelakar. Seriau mama tengok. Adik boleh pulak relaks jek.


Anak cina kah?
Papa kata adik macam anak cina sebab ikut dia. Hemm....#Garu

Sejak dua hari lepas, mama telah bernyanyi-nyanyi nak pergi beli bahan-bahan untuk buat kuih. For the moment, antara kuih yang telah diproposed dan diapprovekan ialah:
  1. Tart Gulung- ke'favourite'an semua
  2. Cornflakes Madu-kesukaan papa
  3. Biskut Arab-ke'teringin'an mama
Mind you, tart gulung mama sedap lagi melt in your mouth. #Puji diri sendiri. Silalah datang beraya jika berkeinginan merasa kesedapan tart ku iteww. Hehehehe...

Selain daripada biskuit-biskuit diatas yang entahkan bila mahu dibuat, mama juga telah mensuggestkan kepada papa untuk buat

  1. Kek Coklat
  2. Red Velvet @ Blueberry @ Carrot Cake
  3. Fruit Tartlets

Ni semua suggestion cobaan untuk membongkangkan diri dikemudian hari. Hahahaha. Tak ada pasal, cari pasal. Tapi, adalah diingatkan ini semua hanyalah angan-angan belaka. If ada masa, bolehlah buat.


No comments:

Post a Comment