LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 25 April 2019

The Long Awaited

Assalamualaikum.

Entah apalah kebaikan yang mama dah buat, lately ni nampak macam Allah sangat baik pada mama. Macam-macam kegembiraan Allah hantar ni.


Saat yang paling mama tunggu sejak 26 Disember 2016. Lama sangat, guys! Macam-macam dah mama rasa dalam tempoh menunggu ni. Sedih, frust, macam-macam. Akhirnya ... Allah! The day mama dapat news ni mama tengah join perarakan akademik untuk convocation. Tak tau nak cakap macam mana masa dapat news ni, i was just ... speechless. Speechless bukan sebab mama ni tak layak pun sepatutnya untuk dapat, tapi dapat ke apa, tapi sebab ... finally! Finally.


Mama ada satu perasaan rendah diri, bila mama duduk dengan kawan-kawan yang semua dah pakat kanan, tapi mama sorang je kiri. Entahlah, rasa macam kecikkkkk je, macam i dont belong here, with them. Padahal, masa hantar, kitorang semua hantar bersama-sama beramai-ramai kot. Tapi tu lah, ni semua kuasa Allah, ikut suka Dia lah dia nak bagi kat sapa ye dak? Now, i'm kanan toooo. Alhamdulillah.

With Dato' Rektor

Signature pose untuk setiap penerima kenaikan pangkat. Hehehe. Nampak macam poyo, tapi memang gitulah hakikatnya. Bila bergambar semua nak tunjuk surat. 

FSKM

Mungkin rezeki kami-kami semua, awal tahun kan? So ramai lah yang dapat kali ni. Fakulti kitorang je 22 orang yang dapat. In total, 128 orang satu kampus. Ramai woiii. 


So, what's next?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



PhD, insyaAllah.
Doakan supaya Allah turunkan ilham tu dan buka jalan.
Angan-angan tu dah lama ada, tapi courage untuk start langkah tu belum lagi. Masih teragak-agak lagi.
.
.
.
.
.
Doakan mama, please.





Abah, kak akan jadi pakar matematik, macam apa yang abah doakan. 





No comments:

Post a Comment