LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 26 April 2019

Tentang Mak Abah Kami

Assalamualaikum.

Hari ni, 26 April 2019 cukup 12 tahun abah tinggalkan kami. Ke negeri abadi. Entah macam mana lah kami teruskan hidup selama 12 tahun ni. Sunyi. Kosong. Bertambah sunyi dan kosong bila mak turut sama berangkat pergi. 

Selepas abah dah tak ada, sekuat daya mak cuba untuk mencukupkan semuanya. Nasib baik abah kakitangan kerajaan, walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ada pencen abah untuk mak sambung hidup. Mama rasa ralat, sebab mama tak pernah tanya pasal ni pada mak. Hanya selepas 5 tahun mak takde, baru mama terfikirkan hal ni. 

Abah, 
Terima kasih atas susah payah abah dalam menjadikan kami 'orang'. Alhamdulillah, abah. Kami semua dah berjaya, abah! Sama macam yang abah impikan. 

Mak,
Terlalu sedikit bakti kami pada mak, tak banyak yang sempat kami balas, kami harap mak cukup redha dengan kami, anak-anak mak.

Semoga mak dan abah baik-baik saja disana. Sungguh, kami rindu.

Kita jumpa nanti, ya?


No comments:

Post a Comment