LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 14 November 2011

Halfway

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah sampai separuh jalan berinduksi. Hari ni dengan jayanya dah habis kursus induksi modul khusus. Modul khusus adalah mengenai jabatan, since mama kerja dengan UiTM makanya jabatannya ialah UiTM lah. Sepanjang 2 hari ni, baaaaanyak sangat info yang mama dapat, antaranya:

1. CUTI

Kalau sebelum ni, mama hanya tahu ada cuti tahunan, cuti sakit (MC), cuti tanpa gaji dan cuti belajar. Rupa-rupanya ada lagi cuti-cuti lain, selain daripada yang diatas. Nak senaraikan memang banyak sangat. Yang paling tak sangka ada ialah cuti tibi, kusta dan barah, cuti latihan pasukan sukarela, cuti mengambil  bahagian dalam lawatan kebudayaan dan pertandingan bulan bahasa kebangsaan, dan macam-macam lagilah. Bunyi macam nonsense, tapi percayalah, memang ada.

2. GAJI

Melalui kursus induksi ni, mama dah tahulah apa itu anjakan dan peringkat gaji. Sekurang-kurangnya tak adalah menganga dan menggaru-garu kepala saja kalau orang sebut, kan.

3. ELAUN

Ha..ni lagi satu mende yang full of suprise. Mana tak suprisenya, bayangkanlah segala jenis elaun ada. Kalau ada tugas rasmi, dari hujung rambut sampai hujung kaki boleh claim. Elaun yang macam tak logik je pun ada. Serius. Contohnya elaun gangguan, elaun tanggungjawab tambahan,  elaun pindah rumah, elaun pakaian panas dan banyak lagi lah. Senang cerita, yang tak ada cuma elaun seluar dalam je. Hahahaha... ;D

Petang ni pula ada sesi taklimat mengenai MITASA dan zakat. MITASA ni sebenarnya ialah kesatuan sekerja yang special untuk pensyarah sahaja. Pensyarah yang nak jadi ahli ni pun ada syaratnya juga. Syaratnya ahli mestilah penolong pensyarah dari gred DM29, pensyarah muda gred DM41 dan pensyarah dari gred DM45 hingga DM52. Bagi pensyarah berstatus Proff yang bergred DM53 dan ke atas, dia dah kesatuan lain pula, entah apa namanya. Yang paling menarik petang ni adalah pasal zakat. Apa yang menariknya ialah tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz dari Shah Alam, memang best! Selamba tapi penuh pengajaran. So sempatlah juga mama mendaftar untuk membayar zakat melalui potongan gaji. Tak kisahlah kan, dah sethun lebih mama kerja, tak pernah pun bayar zakat pendapatan lagi. Emm..banyak juga la yang back-dated ni. Siapa-siapa yang belum lagi membayar zakat pendapatn ni, sila-sila lah berbuat demikian ye. Bukan apa, zakat ni kan menyucikan harta. By the time kita nak pergi haji nanti, pendapatan kita tu dah 'bersih'.  

Oh ye..nak share sikit apa yang mama baru tahu.
1. Kalau gred jawatan kita ialah nombor ganjil, contoh: DM45, maknanya gred tu adalah gred lantikan. Tapi kalau jawatan kita tu grednya ialah nombor genap, contoh DM52, maknanya gred kita tu ialah gred kenaikan pangkat.
2. Pensyarah-pensyarah DM45 adalah layak untuk memohon untuk kenaikan pangkat ke gred DM52 selepas 5 tahun perkhidmatan, dengan syarat telah sah jawatan.
3. DU45 ialah pensyarah doktor (Doktor yang menjadi pensyarah), DUG45 ialah pensyarah doktor gigi ( Doktor gigi yang menjadi pensyarah) and mama sangat kagum dengan our penolong pendaftar bahagian saraan dan perkhidmatan sebab cakap gred je dia dah tahu dah jawatan apa. Dah memng kerja dia kot. Hehehehe...


Oklah. Cukuplah kekaguman untuk ari ni. Nanti  bila-bila sambung lagi.  

No comments:

Post a Comment