LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 6 March 2014

Berasap

Assalamualaikum...

Mama on weekdays, dalam mimpi jelah memasak kot. Hahahaha. Balik, singgah rumah MIL dulu, amik anak-anak. Dah tentu-tentu MIL dah masak. So, makan ajelah. 3-4 tahun lepas, mama adalah malu-malu tahik kucing sikit, tapi sekarang tidak lagi. Hahahaha. Nak lagi teruk, siap tapaukan pulak lagi. Terbahekkkk punya menantu. ;P

So, bila weekend, nak taknak, kena nak jugaklah memasak. Most of the time, mama akan masak yang special sikitlah. Dahlah ko masak seminggu sekali,kan. Itu kalau lebih rajin. Kalau kurang sikit rajin, masak janji boleh isi perut jek, sudehhhh. Hahahaha.... Tapi selalunya melebih-lebihlah rajin tuuu. ;P Jarang iolss malas-malas ni. Puiii...

Disebabkan mama adalah rajin , so jadilah nasi daging masa breakfast. Kalau nasi daging ni selalunya, kalau kat Kedah nun lah, depa makan dengan sup daging, lawan dengan air asam. Well, u know me. Memang tak lah kan nak ikut orang, mesti nak ikut kepala sendiri. Hehehehe. So mama kawankan nasi tu dengan daging masak blackpepper.

Nasi Daging & Daging Blackpepper

Yang terpaling best, bujang no 1 mama, siap request apa tau?
"Nanti raya, mama masak kat rumah abang nasi daging ni lagi eh"
Pergh! Sedap sangat ke bang? Hehehehe... errr, tapikan...tapikan, rumah abang kat mana? Bukan ke kita duduk serumah?

Actually kan, sebenor-benornya nak test drive pressure cooker. Iolss baru beli, uolss. Tapi tulah, beli pandai. Nak pakai, tak reti. Hahahahahaha. Shadap u!


1 comment:

  1. Hahahahahaahhahaha..sila bg aku pressure cooker itewww :p

    ReplyDelete