Assalamualaikum...
Khamis minggu lepas, mama dikejutkan dengan berita kematian suami kepada kawan mama. Mama tau pasal ni pun kat facebook. Kebetulan, mama pun friend dengan husband dia ni. Entah macam mana boleh friend entah. Ada orang tag dia dekat gambar, pastu ramai dok comment "innalilla...bla..bla.." apa bagai. Mama dah macam, derr, ni sapa yang meninggal ni? Bila baca komen-komen tu, baru tau sapa yang meninggal tu, terkejut oiiii. Sebab arwah ni orang sport. Badan pun fit. Dah pasaipa pulak ni. Terus teringat dekat kawan mama ni. Anak-anak kecik lagi. Allahuakbar.
Hilang mak, hilang ayah, lain rasanya. Walaupun mak and ayah tulah yang bawa kita ke dunia ni, dengan ada nya kita punya the other half, at least, kita ada lagi tempat nak bergantung. Ada lagi bahu untuk kita mengongoi menangis bila datang masa-masa kita rindu mak, ayah kita. Tapi kalau the other half kita ni yang hilang?
Bila jadi macam ni, mama terfikir, what if kalau benda ni jadi kat mama? Boleh ke mama hidup ni? Cukup kuat ke amam ni? Dengan anak-anak berderet. Ya Allah. Panjangkanlah umur kami, ya Allah. Dan-dan doa terus oii. Superwoman pun boleh tersungkur, beb kalau takde orang yang dok tolak belakang dia.
Selama ni mama dok brok-brek-brok-brek bebel kat papa, itu tak kena, ini salah. Serba-salah semuanya. Semua-semua mama jekla yang betul. Kamonlah...mama mana penah salah. (Gila ka nak mengaku?! Hihihihihihi). Punyalah mama dok rasa, perfect-10 kot mama ni. Tapi mama taktau, entah-entah papa pun banyakkkkk jek benda yang dia tak puas hati, tapi dia pendam? Terus rasa macam kena luku kat kepala. Haaa... baru nak mai akai.
Kita ni, baru clash dengan pakwe, dah menangis melalak macam apa. Itu baru clash. Entah-entah, esok lusa sambung balik. Budak hingusan sungguh perangai. Hihihihihi. Orang yang baru kahwin pun terasa kalau berpisah, bayangkanlah kalau dah kahwin bertahun-tahun?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sayanglah spouse hampa seadanya. Hargailah dia.
Esok-esok bila dia dah takdak, jangan dok pi teriak tepi kuboq.
No comments:
Post a Comment