LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 19 May 2015

In My Definition Of... Paru goreng Berladoo

Assalamualaikum...

Tudia la. Dah nak dekat sebulan oii. Sikap pemalas apakah ini? Hahahaha. Maafkan hamba wahai tetuan hamba sekalian. Sungguhpun hamba ini tiadalah apa kerjanya sangat diwaktu ini, tapi hamba adalah buat-buat sibuk menyibukkan diri dengan menambah jam latihan.;P Alasang sangat, kan?

Sekarang ni, weekend dapur mesti kena berasap uolss. Wajibulghonnah ni. Sebab apa? Sebab MIL iols ada uolsss. Now, asal hari jumaat jek, papa akan zass pegi jemput MIL datang tido rumah kitorang. Nanti bila papa dah nak pergi kerja, zass papa hantar MIL balik rumah dia semula. Cenggitulah keadaannya 2,3 bulan ni. Sebab tu lah uolss, mama kena masak. Takkan nak MIL lunch gigit jari dia saja?

Cekcekcekidaout la, uolss.

PARU GORENG BERLADO


Bahan-bahan:


 

Paru-direbus, dipotong nipis & digoreng
Bawang merah ]                
Bawang putih   ] ditumbuk 
Halia                ]                 
Sambal belacan (leftover)
Sos cili @ sos tomato
Garam & gula secukup rasa. 
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
1) Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk.
2) Masukkan sambal belacan. Kacau. Masukkan sikit air. 
3) Agak-agak cili sambal tu dah masak, masukkan sos dan kacau rata. 
4) Perasakan dengan garam dan gula. 
5) Masukkan paru dan gaul hingga semuanya bersalut dengan sambal. 
6) Siap. Dipersilakan makan. 


P/s khidmat masyarakat:
#1: Sapa yang takde sambal belacan yang leftover, boleh turrrrkan cili+belacan sikit. Turrr cili saja pun boleh. Tapikan, sebab guna sambal belacan yang leftover, rasa dia lagi meletop top top uolss sebab sambal belacan tu kan dah sedap. ;)
#2: Mama suka kalau paru tu macam basah-basah sikit, pastu sambal dia lebih. Sedap uolss. Tu yang sampai tak sedar nasi seperiuk habis. Hehehe. 
#3: Frozenkan aje leftover yang sesedap tu. <----- Perangai baru mama. Semua mende alah nak difrozenkan. Hahahaha. Almaklumlah, orang baru dapat freezer,katanya. Thank you alalalatok. Muahciked! Hehehe. 
#4: Korang kena try ni weh. Mesti husband korang sayang ketat-ketat punyalah lepas tu sebab pandai masak lauk feveret dia. 

1 comment: