LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 15 April 2012

Cuti Yang Panjang

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari ni Melaka langsung tak hujan. Panasnya... alahai... macam dah dalam sauna mama rasa. Semua orang tengah sedap menikmati tidur siang. Panas panas macam ni, macam mana depa boleh seenak-enaknya berdengkur?

Rabu hari tu cuti, kan? Mama dengan suka-sukanya pi tambah cuti lagi (Khamis dan Jumaat). Esok (Isnin) Melaka cuti lagi. Panjang sangat dah rasanya mama bercuti. Hari-hari dah rasa macam hari Ahad. Hahahahaha...

Ada orang asal cuti jek, pi lah berjalan sana-sini, tapi mama cutilah 6 minggu pun, destinasinya hanya rumah, rumah, rumah. Hehehehe.. Baiklah duduk rumah, kemas apa yang patut, bila dah kerja mana sempat nak mengemas bagai. Harap kais-kais dengan kaki jelah. (Perumpamaan jek tau, mama idakle burok rope cenggitu... hehehe). Kat rumah ni, tak kering peluh mama mengemas, asyik-asyik kemas, kemas, kemas, kemas. Tak habis-habis. Naik tension kadang-kadang. Sampaikan papa pernahlah cakap kat anak-anak ni, "Takkan nak suruh mama mengemas jek sepanjang masa? Kesianlah kat mama". Hikhikhik...

Tak apa lah, at least buat kerja rumah pun dikira work-out jugak kan?

No comments:

Post a Comment