LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 5 April 2012

Settle Sudah Semuanya

Assalamualaikum...

Hah, minggu ni mama balik-balik cerita pasal marking,kan. Oklah, semua marking punya hal dah settle. Daripada nak memarking, ke second examiner, ke upload and validate, ke ambil sign KPP, sampailah ke return bundle, semua dah settle. Lega betul.

Disebalik kelegaan, ada cerita huru-hara. Hehehehe...

Tarikh last untuk upload markah ialah pada hari ni. Yes, mama memang maklum. Tapi... ada tapi tau. Tapi, bukan untuk KAG sahaja ye, untuk KKB jugak. Mama ni punya lah confident tahap dewa yang KKB tarikh last upload is esok. Semalam mama saja lah buat lambat-lambat yang satu bundle lagi tu. Semalam mama dah marking separuh daripada bundle yang satu tu. Siap bawa balik rumah, konon-konon malamnya bolehlah habiskan. Ha..ha..ha..harapan jelah. Macam mana mama bawak balik semalam, macam tu lah jugak mama bawak ke ofis hari ni. Beg tu pun tak dibukak. Hahaha... Teruk sungguh, kan!

Masuk jek ofis, as usual, mama jalan-jalan blog orang dulu, tengok FB, baca gosip (hehehehe...i loike!), only then barulah boleh buat kerja. Masa mama tengah layan marking, datang pulak PIC mintak cop (second examiner). Nasib baik dia tolong copkan, mama tinggal sign jek. Tq Yana! Bila PIC a.k.a roomate dah sampai, pi breakfast pulak. Masa tengah breakfast ni lah, another PIC cakap hari ni last upload markah.. Both KAG and KKB. Menggelupur mama! ('^^,)

Nasib baiklah PIC a.k.a roomate dah settle dia punya, dia lah yang tolong tadi. Kalau tak, mau tungging terbalik mama. Pukul 2 jugaklah baru betul-betul settle semuanya. Diulang, betul-betul settle.

La ni nak pi mundar-mandir. Hahaha... Kerja dah siap, bolehlah bermundar-mandiran dengan senang hati. Hahahaha...


P/s: Jangan suka tangguh kerja kalau tak mau mengelupur disaat akhir.

Sekian.

No comments:

Post a Comment