LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 21 May 2012

Challenge Accepted

Assalamualaikum...

Challenge accepted! Ada gaya macam Barney Stinson ( How I Met Your Mother) tak? Hehehehehe...

Sama ada mama ni terlalu optimis atau pun sangat perasan bagus (^__~), wallahualam. Yang pastinya, mama sangat tidak mensukai orang yang awal-awal dah angkat tangan surrender, padahal belum cuba pun lagi. Orang-orang macam ni, pergi main jauh-jauhlah!

Dalam hidup ni, mana ada benda senang. Nak makan pun susah,tau. Apa kata kita keluar sikit daripada comfort zone kita, kita cabar kebolehan diri. Cewahhh... (Macam pakar motivasi berjaya pulak, kan! Hehehehe...). Manalah tau, dalam pada kita nak mencabar kebolehan diri tu, kita terdiscover pulak bakat terendam kita.



Cubaan mama menguji diri sendiri. Hahahaha... Orang dah kata dah, tak nak percaya. Selalu mama dengar daripada orang-orang yang berkebolehan menjahit, even mak mama sendiri selalu kata, nak buat baju budak sangat susah, sebab baju depa kecil. Pada mama yang pandai pakai dan komplen saja ni, apalah susahnya, baju jugak. Sama jek nak jahitnya. Dah cuba, baru tau. Time-time tu jugak rasa macam nak pi jek hantar kat tukang jahit. Hahahaha...

Adam ni too fast too furious lah pulak tumbesarannya. Baju Melayu raya tahun lepas dah kecil jadinya. Bila pakai, dah nampak macam pakai baju Adik. Mama pun cuba try testlah (kononnya terrerlah, kan!) jahit baju melayu untuk dia. Buruk-buruk pun tak kesahlah, janji dapatlah dia pakai pi sekolah pada hari Jumaat atau ikut papa/atuk pi solat Jumaat/surau. Nasib baiklah Adam mood baik masa ni, dapatlah mama trykan baju ni kat dia. Memang tercabar sangat buat baju Melayu ni, tapi mama tak serik. Kalau ada masa, mama nak buat lagi,tapi dengan syarat Adik tak kacaulah. Oh ye! Baju yang 3/4 siap ni mama nak kena otter balik, nak kena besarkan banyak. Hahaha...

Berketui-ketui kaki si pengacau ni.

DJ kata macam peha ayam. Aah, ayam daging terlebih makan. Hahahaha
Twister gaya mama.
As requested (bukan nak mencabar kebolehan diri), sebab ada left-over roti canai, mama buat rolls lagi. Ingat tak mama pernah buat prata rolls sebelum ni? Masa tu, mama guna sardin. Tengok-tengok dalam fridge ada pulak ayam goreng instant, and ting! Bolehlah buat macam twister kat KFC nun, tapi ni diubahsuai ikut sedap anak tekak lah. Papa puji kata sedap. Iyolah tu! (@__@)

Roti arab lari dari kebiasaan.
Asalnya nak buat pizza, alih-alih jadi roti arab pulak. Hahaha... itulah kalau dah namanya perempuan. Fikiran boleh berubah dalam sekelip mata. (Mama jelah kot, orang lain tak rasanya, kan? Hehehehehe...). Kebiasaannya roti arab deep fried. Sebab mama ni so-called concern lah sangat pasal kesihatan ni, (tak sihat kan deep fried tu... Hehehehe), mama pun trylah pan fried jek. Minyak pun letak setitik dua jek, tu pun guna minyak zaitun. Papa kata dah macam roti nan dah. Kenalah cari tempayan pulak. (^^,).


Apa-apa pun, tak boleh tahan bila ada yang kata, "Pandai pulak ko...bla...bla...".
Eh, eh... bodoh ke aku selama ni??(Emosi-onal) Hahahaha...

1 comment:

  1. Aku tau sape yg kate ko cmtu! :p jgn emo ek..hahaha :p

    ReplyDelete