LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 14 May 2012

Kesihatan Diri

Assalamualaikum...

Kesempatan berada dirumah di hari Ahad, bila mana semua stesyen TV tak ada satu pun tayang cerita best, mama tertengok pulak TV Alhijrah. Yang menarik perhatian mama masa tu ialah The Dr. Oz Show. Mama dah lupa manalah mama pernah kenal Dr. Oz ni. Sama ada dari Ellen, Martha Stewart atau pun Oprah talk show, mama pun tak pasti.

Show ni adalah satu show yang sangat-sangat bagus untuk ditengok. Very informative. Mama mama tengok semalam, Dr. Oz membincangkan mengenai pengsan. "Faint can be fatal?". Lebih kurang macam tulah. Antara tips yang dikongsi oleh Dr. Oz ialah:
  1. If it happen to be kita (atau sesiapa around us) tiba-tiba pengsan dirumah, first thing to do is tinggikan kedudukan kaki. Tak kisahlah nak letakkan kaki atas kerusi ke, atas riba ke, atas bantal ke. Oh ye! Jangan sesekali letak bantal dikepala. Berkemungkinan kita pengsan disebabkan oleh kurangnya pengaliran darah ke otak. Meninggikan kepala hanya akan worstkan lagi keadaan. Kedudukan kaki yang lebih tinggi akan mengalirkan lebih banyak darah ke otak.
  2. Letakkan sedikit gula dibawah lidah. Boleh jadi kita pengsan disebabkan tak ada energy. Gula tersebut dapat membantu mengembalikan sedikit energy. Jangan sesekali bagi orang yang pengsan minum (orang tengah pengsan, ko nak bagi minum buat apa).
  3. Setelah sedar, orang yang pengsan perlulah mendapatkan rawatan i.e consultation from medical expert. 
  4. Mereka-mereka yang selalu mengalami sakit kepala (tanpa sebab), go get  consultation from medical expert.
Daripada penerangan Dr. Oz, ada satu salur darah yang besar menghubungkan antara otak dan jantung manusia.  Mama tak ingat sangat, so mama researchla sikit kat Google,and apa yang mama baca disini, bila mana salur darah i.e arteri yang membawa darah ke otak tersumbat, ianya boleh membawa kepada mati otak. 
Mati otak ditakrifkan sebagai pemberhentian secara kekal pusat-pusat penting di
bahagian pangkal otak (Brain Stem) yang berperanan untuk mengekalkan proses
pernafasan secara spontan dan mengekalkan aliran arah ke seluruh badan.- 
(KONSEP MATI OTAK DAN EUTHANASIA )

Otak manusia memerlukan bekalan oksigen dan nutrien yang berterusan yang dibawa oleh darah, and sekiranya aliran darah ini terganggu (salur darah pecah atau tersumbat), bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Jika hal ini berlaku lebih dari 2 jam, maka bahagian otak yang menerima bekalan daripadanya akan mati.- (JAGA DIRI)

Baca lagi sini dan sini.

On the other hand, petang semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan berita Atuk (sebelah papa, i.e MIL's father) kena serangan mild stroke, due to hypertension. Masa di ER Hospital Jasin, his BP was 180/138. (Toooo high). After CT scan, tengok ada pendarahan kat otak. He is now at GH Melaka. Our nenek is still kat GH Melaka ( today is the 8th day) because of her kidney condition and she has no idea about Atuk.

Moral story is keep your heart healthy, and it will keep other things right for us.

No comments:

Post a Comment