LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday 10 September 2012

Iye ke? Tak percayalah!

Assalamualaikum...

Rasa mama, semua orang pernah mengalami situasi macam mama ni. Mama mengakulah, mama ni memanglah susah nak percaya cakap-cakap orang ni, unless ada bukti diprovidekan sekali. Gila kan?

Mama memang sangat dah tak boleh bersabar dah nak masuk rumah baru ni. Setakat ni, memanglah every week, tanpa gagal kami sekeluarga akan pi melawat rumah nan dicintahi lagi dinanti tu. Sampai Adam pun dah tahu, siap dah boleh explain kat atuk and nenek dia, "nak pergi tengok rumah". Punyalah selalu sangat, kan.

Before.

After.
Note the difference?
Tapi kan, yang buat mama nervous sekarang ni, duit nak naik rumah nanti adalah seciput. Takut tak cukup jek. Grill dah lah mak oii mahal. Semalam adalah mama and papa bawal PIL pi tengok rumah. Mama pun tanyalah kat FIL, dia punya anggaran untuk grill + api + air, agak-agak berapa? Adalah mama stated a sum of money. And FIL kata, mungkin tak cukup, MIL pun mencelah cakap benda yang sama. Mak aih... macam nak mati simpan duit, tak cukup lagi? Aduiii-yaiiii....

And you know what? Sungguhlah mama tak percaya. Mama rasa depa over-estimate. (Confident je kan mama ni). Tapi kan, kalau nak budget yang betul-betul punya, kenalah heret orang buat grill tu datang ukur. Mama rasa plus minus dalam RM5k jek. (Jek?? Banyak kot 5k tewww). Nak heret orang tuh pun, rasa macam malu pulak. Awal lagi, kunci pun entahkan bilalah  baru nak dapat.

Boss besaq and boss kecik melawat kawasan.



Siling tinggi melangit. 
Nampak tak? Siling hall rumah ni punyalah tinggi. Abah kata, boleh buat dua tingkat. Ini kalau lampu terbakar, mau jadi cicakman panjat dinding ni nak tukar lampu semata. Mama rasa nak buat plaster siling jek. Tak taulah berapa RM nak kena charge.

3 comments:

  1. https://www.facebook.com/notes/embunenstek/tips-dan-panduan-memeriksa-kecacatan-defect-pada-rumah-baru-atau-rumah-sewa-baru/275322979147988

    utk rujukan.

    ReplyDelete
  2. http://wiyah79.blogspot.com/2009/11/bougainvillea-kini-dihuni.html

    ma, cmni ler nk buat..

    ReplyDelete
  3. http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=361715&extra=&page=5

    ReplyDelete