LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 18 September 2012

Kesekian Kalinya

Assalamualaikum...

Cuba uolss-uolss try test tengok gambar-gambar kat bawah ni. Spot the differences?




Nampak tak? Nampak tak? Kalau uolss jadi mama, uolss mesti nak melompat bintang jugak, kan? 

Papa yang selalunya ala-ala cool, relax-relax tenang jek pun boleh jadi excited semacam, apatah lagi mama yang sejak azali memang hover excited ni, kan?

Segala-mala ukuran.


Apalah ertinya weekend pada mama, kalau tak pi tengok rumah idaman. Setakat ni, setiap minggu mama pergi, tanpa gagal. Hahahaha. Hebat, kan? Komited sungguh. *Tepuk dada* Tauke rumah tu pun kalah uolss. Kali ni pergi, berjayalah mama and papa tag team ambil ukuran segala pintu and tingkap. 



Papa yang super rajin, siap lukiskan. Mama pun dah faham sikit-sikit uolss. Nanti bolehlah uolss bayar mama lukiskan rumah uolss. Hehehehe... 

Ingat tak pasal siling rumah yang mama kata tinggi melangit tu? 


Disebabkan tak ada sorang pun antara weolss ni yang teringin nak jadi cicakman, makanya papa pun mencurilah idea yang abah bagi, buat bagi jadi 2 tingkat.


Secara kasarnya, macam ni lah ideanya. Atas tu nanti buat attic jek, tempat anak-anak bujang mama melepak. Nampak tak tangga tu? Muncung 14 kaki jugaklah mama sebelum mama decide kat mana nak buat tangga tu. Sabar jelah sabariah!

Tangga tu, kan, mama berangan nak buat macam ni ha.

source: On Sutton Place
Walla-weyy. 
Tak sabar dah ni!




2 comments:

  1. Spot the difference??

    emm...papa nmpk kurus?10 markah utk sayeee..

    ReplyDelete
  2. Alamak. Lupa pulak nak letak syarat-syaratnye.

    ReplyDelete