LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 6 February 2013

Apakah itu Diet? ;P

Assalamualaikum...

Mama baru jek baca entry Incik Apez.  Sesapa yang berhajat nak kuruskan badan tahap kaw-kaw punya, bolehlah visit blog dia. Segala makneka tips ada, tinggal mau ka tada mau ka je. Hehehehe...

Mama bukanlah nak bagi tips berdiet, jauh sekali nak caras cerita Incik Apez tersebut. Mama nak share gambar foods jek. Hahahahaha... Tak seswai untuk yang berdiet, tau!

Mama bukanlah pemasak tegar. Hari-hari makan, MIL yang masakkan. Menantu terpuji sangat, khennn. Jeles ler tewwww... MIL dia tak masakkan. Hahahahaha... Walaupun kadang-kadang tak kena selera, telan sajorklah. Orang dah masakkan tu pun dah besar nikmat tau tak. Kadang-kadang, datang anginkus-kus, berkuntaulah mama kat dapur. Tapi kalau dah pukul 9 awak request nak chicken sandwich, memang harapan jeklah mama nak masakkan, kan. Makan kul 9, kang kul 10 dah tidur. Mana tak lemak berkrim disukai ramai jek badan awak tu.

Selalunya, weekend jekla mama sempat memasak pun. Tu pun kalau breakfast dah wow, lunch selalunya yang simple-simple sesimple stir-fry jek. Nampak tak, rajin malas-malas mama? Hehehehe....

Meatball Spaghetti 
Meatballs dah berkurun beli, baru teragak nak buat. Ada banyak lagi meatballs dalam freezer tu.  


Cinnamon Rolls
Cobaan meroti lagi. Improvedla compared to first trial dulu. 



Kek apa-ke-ntah namanya. 
Resipi asal adalah red velvet, tapi sebabkan taknak dia punya red tu, kita omitlah. Sebab tu taktau nak letak nama apa. Hehehehe...  



Roti Arab kesukaan ramai
Perlu ada mojo tahap maksima and masa yang melebih-lebih, sebab meroti arab adalah sedikit leceh. Lagi best, kalau ada assisstant. Makan dengan gulai kawah leftover entah kenduri siapa, bila dan dimana.



Chicken Sandwich
Bukan nak meriakkan dirilah, tapi rasanya seakan-akan Chicken Fillet McD. Hahahahaha... Tak nak meriak, tapi terriak disitu. Hahahaha... Resipi main tibai sesuka hati, asalkan orang yang memakan thumbs up, mama dah cukup kembang-kempis hidung dah. 

Oh ye! Pasal chicken sandwich ni kan, mama buat guna roti wholemeal. Sajalah gatal nak try, kan. Masa mula-mula buat hari tu, rasa kenyang sampai ke malam. Betul ni. Mama takdelah nak diet macam Incik Apez tu kan, tapi mama sedarlah diri, so mama controllah makan mama. Semalam, sebab tak sempat nak breakfast kat rumah MIL, sebab pagi-pagi dah nak keluar rumah membelah kabus nak pi hospital, mama buatlah as breakfast. Mama makan satu tu jek ( satu means 2 keping roti mengepit ayam and salad), kenyang sampai tengahari eh. Selalu kalau breakfast makan macam-macam tu, boleh tahan takat pukul 11-12 tengahari jek. Semalam boleh tahan lagi lama eh. So, kalau ada yang nak plan kurangkan memakan tu, bolehlah try kot. Resipi adalah sangat simple. Mau resipi kalu, contact mama. Hehehehe... Malu nak letak sini. ;P 

Oh ye!


 Hero kenit ni adalah 2 tahun hari Sabtu esok lusa ni. Mama plan nak baking, tapi taktau lagi nak baking kek jenis apakah, sebab last year birthday adik mama dah buat choc cake, birthday abang hari tu dah buat pavlova. Maybe nak combine pavlova and kek kot. Hahahaha... wait and see la na! Jadi kalu, mama post, tak jadi pun mama akan post jugak. Hahahaha....




1 comment:

  1. Terarnya buat roti.akak setakat spageti, lasagne tu bulela huduhs2..:P

    Akaklak terbalik: weekdays mesti masak sbb balik keja kang perut berdendang makyong lapar tpi nak keluar makan malas, so kita masak apa sj yg patut.tapi time weekend..kitaa off cooking2 niii..aci gitu?ngegegege

    ReplyDelete