LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 1 February 2013

Realiti Cucunda

Assalamualaikum....

Sekeliling mama, sekarang ni, kawan-kawan sana sini situ sinun, pakat pregnant belaka. Lepas sorang, sorang sambut. Macam dah acara pregnant berganti-ganti pulak. Haish...bila tengok orang pregnant, mulalah mama pun menggedik nak pregnant sama. Tapi, nehi kabhi nehi. Belum masanya lagi. Hehehehe...

Bila lahirnya seorang baby kecik-comel-kiut-miut-rasa-nak-gigit dalam sesebuah keluarga, of courselah mak paknya adalah happy, tapi jangan tak tau orang yang terpaling happy to the max sekali adalah atuk and neneknya. Lagi-lagi kalau cucu tu, cucu sulung. First of the first. Lagilah pengsan dia punya excited tu. Hehehehe... Tak percaya? Tunggulah sampai parents awak, awak, and awak nanti dapat cucu.

Mama untung sebab duduk sangat dekat dengan PIL. So, anak-anak mama, bukan setakat cukup, tapi dah melimpah ruah, berlebih-lebih dengan kasih-sayang atuk and nenek. (Sebab tu depa tembun-tembun belaka... hehehehehe).

Kasih-sayang atuk nenek kepada cucunda memang sangat hover, okeyh. Melebihi segala-galanya. Kalau anak-anak depa dulu, bukan setakat jentik, segala jenis rotan pernah naik. Tapi kalau dengan cucu, mak bapaknya marah, mak bapaknya pulak kena marah balik. Aik?! Betul ni, mama tak tipu. Baru marah, belum lagi tiba-tiba ada lebam. Padahal lebam sebab budak tu cuai, entah apa-apa dia langgar, tak pasal-pasal mama papa kena tuduh pukul anak. Nampak tak? Over sangat disitu. Sebab tu, kalau papa cubit-cubit atau buat something yang mama tak suka kat anak-anak ( and papa refused to listen), mama mengadu-domba kat mak ayah dia. Hahahaha... Padan muka. Nanti papa kena marah. Hehehehe...

Cucunda pun sangat over jugak. Mentang-mentang 7 hari seminggu kena ulit dengan atuk, tidur pun nak kena bawah ketiak atuk baru nak lena. Sama jek adik or Adam. Kalau adik tu lagila cannot go. Ada mama and papa depan mata pun, time nak tidur, atuk and nenek yang nak kena dodoikan. Atuk buai, nenek tepuk-tepuk and baca-baca (selawat @ zikir). Sebab tu, kalau time tak pergi rumah atuk and nenek, adik tidur sekali jek. Itu pun pas dah 48 kali nenen. Pengsan tak? ;P

Untung lah Adam and adik, lahir-lahir dapat berkasih-sayayng dengan atuk and nenek. Adik-adik akan datang, entahkan sempat, entahkan tak. Harap-harap, panjanglah umur atuk and nenek, sempatlah tengok cucu-cucu depa pulak bercucu. Hah! Hehehehe...


Entah macam mana lah mama dengan cucunda mama nanti ek? ;p






2 comments:

  1. Noni

    Sama lah macam LH dia cucu sulung. Wan ngan Eyang sayang sgt kat dia smp ai stres. X suka cara gtu takut dia jadi manja n x leh kawal. Mcm sebelah farah diA dah cucu ke 13 so my mom x manja dia sgt.

    ReplyDelete
  2. ape lg noni..mana main nehi nehi..ko nant batch dj, yana n fara la ekk :p

    ReplyDelete