LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 5 February 2016

Tips Menghadapi Kegilaan Ekonomi

Assalamualaikum.

Hari ni, mama nak share satu tips yang mama dengar dari IKIM.fm masa on the way kerja hari sabtu hari tu. Walaupun mungkin hari ni rasa macam tak berkenaan, mana tau esok-esok berguna jugak tips ni untuk diri sendiri, kan?

Katanya, tips ni adalah ibrah dari kisah Nabi Yusuf dan mimpi Raja Mesir ( sorry kalau mama salah. Better ampa tolong check).

Yakin Allah ada. 
Allah kan pemberi rezeki. InsyaAllah, rezeki tu ada cuma kita lah kena usha lebih sikit. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin apa yang kita hadapi sekarang ni adalah sebab Allah nak turunkan rezeki yang lebih baik. Bersangka baik. 

Usaha yang lebih kuat.
Kalau sebelum ni kerja dioffice time office hour je, apa kata kali ni sambil-sambil tu buatlah bisnes online ke, apa-apa ajelah. Sahutlah saranan menteri kita tu. Buat #2kerja. 4,5,6 kerja pun takde apa salahnya. Yang penting, kita berusaha untuk menaikkan ekonomi keluarga kita. Tu yang paling penting. 

Saving mesti ada.
Macam mana pun, duit gaji or apa-apa duit yang kita dapat mesti allocate sikit untuk saving. Kalau ada apa-apa nanti, takde lah mengagau sangat kita ni. 

Utamakan yang utama.
Kat sinilah pentingnya kita tau bezakan antara keperluan dan kehendak. Kalau ikutkan hati, semua benda pun akan jadi keperluan. 

Fokus pada 'bulatan kawalan'
Bulatan kawalan ni adalah dibawah kawalan kita. Setakat mana yang kita boleh nak kawalnya, kita buat. 


Harap-harap kita semua dapat survive dalam kegilaan yang menggila ni. InsyaAllah. 

#modeustajajahison.

No comments:

Post a Comment