LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 15 March 2012

Hadiah

Assalamualaikum...

Hari Khamis sudah. Carry marks bebudak ni belum settle lagi. Haish mama..mama... (geleng kepala). Bulan ni ialah bulan mari mendapat hadiah. Hehehehe...

Papa awal-awal dah cakap kat mama, "No birthday present ye mama, no fulus." Hehehehe.. mama ok jek, sebab mana pernah dapat birthday present daripada papa. Eh, pernahlah, tapi 3,4 tahun lepaslah. Hehehe.. Takpelah papa. Mama harap maklum and dah tak kesah dah. Papa kan study lagi. Mana nak cekau duit semata-mata nak beli birthday present mama. Tiba-tiba pagi hari kejadian, papa tanya, "Mama nak apa?". Aik? Kaget kejap mama. Terus blur, tak tau nak apa. Rasa macam semua dah ada. (Dan-dan semua dah ada, kan.. hahahaha). Puas fikir, last-last..


...ni lah hasilnya selepas puas brainstorming. Hehehehe... Thanks papa! Sayang pulak nak pakai. (Gedik)


Hadiah mama kepada diri sendiri. Seumur hidup mama tak pernah ada kamera. Kebetulannya, kamera papa pun dah rosak, ada lah alasan nak beli kamera baru, kan... Hehehehe. 

Jus extractor, hadiah birthday as requested, from my PICs. Thanks, guys! Masa birthday PICs yang lain, we all hadiahkan barang-barang yang tuan badan tu nak. Punyalah susah nak fikir hadiah apa nak bagi, sebab depa ni main hint-hint jek. Oklah, mana ada depa hint, tapi we all paham-paham sendiri lah, kan. Sebab dah susah benor nak cater hint-hint depa sebelum ni, mama terus jek cakap, " Aku nak juicer masa birthday aku nanti." Hehehehe... Gila! Mama jek yang mintak birthday present sendiri. Tak pernah dibuat orang. Hahahaha.  

Bertambah-tambah sedap juices ni guna juicer baru, pree pulak tu.  \/(*__*)\/




Inspection by QC. Lepas ke ni, bang? Hehehehe...
Bukan mama jek tau insan bertuah yang dapat hadiah. Kereta kecik pun bertuah jugak. Kebetulannya, birthday kereta ni pun in March jugak, kita sekali harung jeklah, kan. Hehehehe... Tahun ni dah masuk 7 tahun dah usia kereta ni. Banyak jasa dia tau. Walaupun kecik, tapi besaq di hati kami. (Eh, EXORA pun macam best.. hehehehe). Sayang tau kereta kecik ni. Kalau tak ada nih, memang patah kaki lah kami sekeluarga. Atas kesetiaan berbakti kepada kami tanpa ragam, mama and papa decided to bagi dia mekap baru. Bagi cantik sikit. Tukar tinted baru, sekarang kan panas ya Rabbi kat Melaka ni. Pasang tinted yang kalau kita kat dalam kereta tu taklah azab sangat. Hehehehe. Tukar plat depan kereta yang dah rongak. Hari ni, kereta ni dah rasa macam kereta baru. (Feeling jek lebih.. :D)

Last but not least, 
 
Door barrier, hadiah untuk budak kenit yang suka merayau kat dapur, main segala periuk belanga mama and masuk bilik air. Hehehehe...

( ", )

No comments:

Post a Comment