LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 6 March 2012

Masak-Memasak #1: Kek Mini Coklat Kukus

Assalamualaikum...

Mama sangat suka makan kek, nak-nak lagi kek coklat. Sekali mama teringat kek birthday adik hari tu, dengan segera mama buat kek coklat lagi. Ni bukan setakat kes teringat, ni dah termasuk kes nak menghabiskan apa yang dah nak expired. Hehehehe...

Kek yang mama buat ni sangat simple. Bahan pun main campak-campak jek. Buat yang terliur.. (kalau terliur lah, kan... (^___^ ) \/ ), disilakan mencuba.


KEK MINI COKLAT KUKUS


Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu pekat *boleh dilebihkan untuk rasa yang lebih manis
1 cawan minyak masak *boleh digantikan dengan butter cair / minyak jagung
1 cawan air
1 cawan serbuk koko *boleh ganti dengan coklat cair
1/2 cawan serbuk badam
2 biji telur

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Masukkan serbuk badam dan gaul rata. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk berasingan, satukan susu pekat, minyak, air dan telur. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tepung tadi, sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.
  4. Rehatkan seketika (5-6 minit).
  5. Tuangkan adunan kedalam acuan dan sedia untuk dikukus.
  6. Kukus selama 15-20 minit atau hingga kek masak dengan api sederhana.
  7. Sejukkan sebelum dihidang. 

No comments:

Post a Comment