LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 24 January 2014

Main-main

Assalamualaikum...

Sejak Isnin lepas rasanya, Adam asyik bertasbih kat telinga mama, nak tanah liat, nak tanah liat. Hadoi hai la. Malas betul nak melayan. Asal nampak muka mama balik kerja jek, dia pun startla bertasbih dia tu.

Oh, tanah liat tu plastesin ye, kawan-kawan.

Mama ni memangla kedekut, tapi kedekut-kedekut mama pun, selalunya mama lah jugak yang belikan derang. Yang mama terpaling tak suka pasal plastesin beli ni ialah dia punya bau pun macam sesuatu sikit. Pulak tu, kalau ko main, tangan ko mesti rasa semacam jek. Tak sukaaaaa.

Since mama taknak beli, kenalah mama cari alternative lain, kan? Janji tanah liat tu boleh sua depan muka derang.

Hasilnya....


Tadaaaaa!!!!!

Kagum tak? Hehehehe...

Mama buat sendiri okeh. Dont play-play haaa...

Mama rasa resipi dia melambak kot kalau digoogle, tapi mama punya ni amik kat Madam Sooyaree. Nak buat ni bahan-bahan dia senang jek. Tapi part nak masak tu, yang lomah sikit rasanya. Kalau ada abang-abang gagah kat rumah tu, paksa diorang. Hehehehe...


Baru lepas masak. Releks-releks dulu, bagi dia sejuk sikit.



Dah sejuk, uli la sesuka hati. 


Since mama ada 3 jek food coloring kat rumah ni, so dapat 3 colour jekla. Yang hitam tu, mama memandai-mandai campur semua colour tu. Oh, kena store in airtight container, ok. Takut nanti dia mengeras. Tapi semalam Adam punya bekas tak bertutup, sebab entah mana dia campak penutup dia mama cari tak jumpa. Bangun pagi ni tengok elok jek. Sikit tak keras. 


Bear the damage la. Hehehehe. Malu pulak nak masuk kelas tangan colour biru, dah macam sedara pulak dengan Hulk. Nasib baik pagi ni dah bersih. Hehehehe...

Puas hati mama dapat buatkan budak-budak ni. Diorang ni ada pelik sikit, especially Adam. Mesti nak masukkan mende alah tu dalam mulut. La ni, nak telan sekali pun mama tak kisah. Suka hati ko la, labu. 

Oh, Adam siap bawak pergi sekolah okeh. 
Mama aku buat tanah liat. Mama ko mampu???? 
Huahuahuahua

No comments:

Post a Comment