LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 9 January 2014

Pre-birthday

Assalamualaikum...

Jumaat minggu lepas sempat bawak MIL and FIL celebrate birthday Adam. Pre-birthday celebration, katanya. Kau hado?? Eh, kalau ada pre-, maknanya. yang betul-betul pun adalah eh? ..tetttt. Hehehehe.

Al-kisahnya, mama memandai-mandai pi cakap kat Adam, "Nanti birthday abang, kita datanglah makan kat sini". Nah, hambek. Dan-dan tu dia claim esok birthday dia. Padahal, masa tu ada lah lagi 3 minggu kot nak ke birthday dia tu.

Hari-hari dok berzikir "esok birthday abang, kan mama." Iyelah labu. Dah 16 kali esok bithday abang. Yang paling tak menahan tu, siap request kek okeh. Budak-budak zaman sekarang...ishishish...(geleng kepala). Nasib baik la dia request kek bentuk bulat, kalau dia nak kek ada Ben10 ke, tak ke haru? Mana nak cariiii, oiiii.


Kek pun beli asal ada jek. Kang takde kek, dah dia mengaruk nak kek pulak. 



Dia ni memang amik gambar tak reti nak senyum. Kalau suruh senyum kang, muka pelik-pelik dapat.

Oh, sebenarnya masa ni kitorang kat Umbai. Alah, kalau korang google, korang tau lah apa yang paling famous kat Umbai ni. Sebenarnya mama and papa yang menggedik nak pi makan kat Umbai. Ate, takkan awok jek nak pergi, nampak bebenor buruk perangai. Alang-alang  bonus dah masuk, mohle kita ngajak MIL and FIL sekali. Alah, MIL and FIL, masa mula-mula tu taknak pergi. Tak payahlah, itulah inilah. Malu tapi mahu, kekdahnya.




Makanan...bolehlah. Nak banyak komen, masak sendirilah kan. Hehehehe

Oh, mama rasa dengan apa yang kitorang makan ni, sepenuh-penuh meja, rasa berbaloi jugaklah. Poket pun takdelah koyak teruk sangat. Hehehehe



No comments:

Post a Comment