LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Friday 3 January 2014

Sejarah sudah.

Assalamualaikum...

2013 dah berlalu. Dalam hidup mama, sepanjang 2013 rasanya banyak jugaklah benda yang significant happened.

March 2013, mama dah sah jawatan. Alhamdulillah, walaupun tumpang orang, janji mama confirm. Apa ada hal. Hehehehe...

April 2013, dapat kunci rumahku syurgaku. Alhamdulillah. 2 tahun dok berulang-alik tengok rumah macamkan mama ni ialah dia punya kontraktor. Dari sebidang tanah yang baru kena tarah, ke sebuah rumah yang dah boleh duduk. Bayangkan jelah.

Julai 2013, officially masuk rumah baru. Hanya Allah yang tau macam mana susah payahnya mama demi sebuah rumah ni. Oh ye! Dapat beli kereta jugak. Walaupun kereta murah-murah jek ( kereta Malaysia jek pownn ), jadilah. Dah tebal sangat dah muka mama nak meminjam kereta FIL every time nak balik Kedah. Malu oih.

Ogos 2013, mama miscarriage. Menangis.

September 2013, double line lagi. Hoyeah!! Antara percaya dengan tidak jek.

Disember 2013, miscarriage. Lagi. Redha.

Walaupun banyak yang manis, tapi yang pahit tu yang paling berbekas dihati.

Semoga 2014 lebih membahagiakan. In sha Allah.


No comments:

Post a Comment