LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 25 March 2019

In My Definition of ... Bologneise Spaggheti

Assalamualaikum.



Mama start makan spaghetti ni tak ingat bila, rasanya lepas kahwin kot? Ke before kahwin, tapi masa dah kat u? Entahlah, cannot recall, tapi yang pastinya dah besarlah baru merasa makan spaghetti. Kesian kan? Mama ni orang kampung uolsss. Kampung pulak kat ceruk ulu mana entah. Utunglah jugak sekarang dah kenal spaghetti. Hehehe. 



Most of the time, bila makan kat luar, selalu rasa tak puas hati dengan kualiti of the sauce, samada dia terlajak manis, atau pun rasa dia biasa-biasa je. Susah nak cari yang betul-betul sedap. Yang paling mama suka, ariabata spagheti kat pizza hut. My definition of bologneise, of course, inspired by it la.


BOLOGNEISE ALA ARABIATA SPAGHETTI


Bahan-bahan:
1/2 peket spagheti 
1 mangkuk daging kisar
Meatballs - bilangan ikut suka
1 tin Prego tomato puree
1 biji bawang besar - didadu
2 ullas bawang putih - dicincang
2 biji tomto - didadu
4-5 biji cendawan - dihiris
2 sudu cili kisar
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar *optional
1 sudu kecil serbuk paprika
1 sudu kecil italian herbs
Sedikit sos cili *optional
Sedikit sos tiram *optional
Sedikit kiub ayam
Garam, gula secukup rasa
Grated parmessan untuk hiasan

Cara-cara:
1- Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan dan rebus spaghetti hingga lembut. Toskan dan ketepikan air rebusan untuk kegunaan nanti. 
2- Dalam kuali / periuk yang berlainan, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. 
3- Masukkan cendawan dan masak hingga cendawan sedikit kekuningan. 
4- Masukkan daging kisar dan meatball, masak hingga daging kering. 
5- Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. 
6- Masukkan tomato dan semua bahan serbuk. Gaul rata. 
7- Masukkan sedikit air rebusan dan perasakan dengan semua bahan perasa. 
8- Biarkan kuah mereneh dan memekat. 
9- Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 

p/s:
#1- Mama lebih suka spaghetti mama lembut sikit dari al dente. Sorry sebab mama takde timing berapa lama nak rebus spaghetti tu Selalu main agak-agak je. 

No comments:

Post a Comment