LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, 15 April 2012

Cuti Yang Panjang

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari ni Melaka langsung tak hujan. Panasnya... alahai... macam dah dalam sauna mama rasa. Semua orang tengah sedap menikmati tidur siang. Panas panas macam ni, macam mana depa boleh seenak-enaknya berdengkur?

Rabu hari tu cuti, kan? Mama dengan suka-sukanya pi tambah cuti lagi (Khamis dan Jumaat). Esok (Isnin) Melaka cuti lagi. Panjang sangat dah rasanya mama bercuti. Hari-hari dah rasa macam hari Ahad. Hahahahaha...

Ada orang asal cuti jek, pi lah berjalan sana-sini, tapi mama cutilah 6 minggu pun, destinasinya hanya rumah, rumah, rumah. Hehehehe.. Baiklah duduk rumah, kemas apa yang patut, bila dah kerja mana sempat nak mengemas bagai. Harap kais-kais dengan kaki jelah. (Perumpamaan jek tau, mama idakle burok rope cenggitu... hehehe). Kat rumah ni, tak kering peluh mama mengemas, asyik-asyik kemas, kemas, kemas, kemas. Tak habis-habis. Naik tension kadang-kadang. Sampaikan papa pernahlah cakap kat anak-anak ni, "Takkan nak suruh mama mengemas jek sepanjang masa? Kesianlah kat mama". Hikhikhik...

Tak apa lah, at least buat kerja rumah pun dikira work-out jugak kan?

Monday, 9 April 2012

Adik and BF Journey

Assalamualaikum...

Hari ni, 9 April 2012, umur Adik genap 1 tahun 2 bulan. So selama 1 tahun 2 bulan i.e 14 bulan ni jugaklah mama telah menyusukan Adik, sepenuhnya. No campur-campur. Masa Adam dulu, umur beberapa bulan dah campur susu. Alhamdulillah, murah rezeki Adik.

EBM untuk Adik.

Sejak dah besar ni, Adik dah taknak lagi EBM. Kalau tak salah mama, tak berapa lama lepas mama balik dari induksi. Selalunya, sehari mama akan bekalkan Adik 3-4 botol (5 oz) EBM. Ada hari yang akan habis semua susu yang mama bekalkan, ada pulak harinya yang cuma laku separuh jek. Daripada separuh, makin lama, makin kurang sampaikan pada satu tahap, nenek cakap kat mama, dah tak payahlah bawa EBM lagi. Adik dah tak layan dah. Hehehehe... Adik lagi enjoy minum air kurma, Ribena, Milo atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Masa mama pergi kerja (8am to 5pm), Adik akan minum apa-apa air yang dia berkenan, tapi bila mama dah balik, Adik akan start melekatlah dengan mama. Hehehehe...

Disebabkan Adik dah tak heran dah dengan EBM ni, makanya banyak jugaklah EBM yang kena disposed sebab dah expired. Iye, memanglah EBM ni can last up to 4 months, tapi ni dah more than 4 months dah. Dah expiredlah, kan?




Sedih mama nak disposed all the EBMs. Kalaulah boleh dibagi-bagikan kat sapa-sapa, memang mama bagi jek. Bukan semua orang murah rezeki macam Adik ni, susu mama melimpah-ruah. Ada orang, siap makan bagai-bagai booster, nak bagi banyakkan susu, nak menyusukan anak punya pasal. Mama ni main tibai jek apa saja yang tekak terasa nak makan. Nak berpantang makan, jauh sekali. 




Apa-apa pun, semoga mama dapat teruskan menyusukan Adik sampai selayaknya Adik berhenti susu.  



Psss...
Adam dulu umur 2 tahun 3 bulan baru berhenti menyusu.
Sapa-sapa nak tips, boleh mai bisik-bisik kat mama. LOL!

Friday, 6 April 2012

Lunchbox and Kerastangan

Assalamualaikum...

Hari ni mama and roomate dah sepakat and cukup rajin  nak bawak bekal.


So hari ni mama bawak creamy fettucine and sandwich. Roomate pulak bawak gulai lemak rebung dengan udang. Walaupun roomate masak berpandukan manual (buku masak) 100%, mama still puji sebab ni her first attemp (mama pun tak pernah masak rebung). It taste just nice. Good job, pasni bolehlah masak yang lain pulak,kan? Hehehe....

Her very first attemp.

Disebabkan hari ni tak ada kerja sangat, so mama pun merajinkan diri mengeraskan tangan membuat sesuatu. 

Before: Togel  and bogel. Hehehehe
 And after some times, ... Tadaaaaa...

After: Cantik berseri-seri, tak?


Bakul ni adalah untuk isi doorgift. Yelah, ada orang tu kan dah tak lama lagi dah dia nak kahwin. Ni mama tolonglah dia dengan bakul-bakul doorgift dia ni. 


Thursday, 5 April 2012

Settle Sudah Semuanya

Assalamualaikum...

Hah, minggu ni mama balik-balik cerita pasal marking,kan. Oklah, semua marking punya hal dah settle. Daripada nak memarking, ke second examiner, ke upload and validate, ke ambil sign KPP, sampailah ke return bundle, semua dah settle. Lega betul.

Disebalik kelegaan, ada cerita huru-hara. Hehehehe...

Tarikh last untuk upload markah ialah pada hari ni. Yes, mama memang maklum. Tapi... ada tapi tau. Tapi, bukan untuk KAG sahaja ye, untuk KKB jugak. Mama ni punya lah confident tahap dewa yang KKB tarikh last upload is esok. Semalam mama saja lah buat lambat-lambat yang satu bundle lagi tu. Semalam mama dah marking separuh daripada bundle yang satu tu. Siap bawa balik rumah, konon-konon malamnya bolehlah habiskan. Ha..ha..ha..harapan jelah. Macam mana mama bawak balik semalam, macam tu lah jugak mama bawak ke ofis hari ni. Beg tu pun tak dibukak. Hahaha... Teruk sungguh, kan!

Masuk jek ofis, as usual, mama jalan-jalan blog orang dulu, tengok FB, baca gosip (hehehehe...i loike!), only then barulah boleh buat kerja. Masa mama tengah layan marking, datang pulak PIC mintak cop (second examiner). Nasib baik dia tolong copkan, mama tinggal sign jek. Tq Yana! Bila PIC a.k.a roomate dah sampai, pi breakfast pulak. Masa tengah breakfast ni lah, another PIC cakap hari ni last upload markah.. Both KAG and KKB. Menggelupur mama! ('^^,)

Nasib baiklah PIC a.k.a roomate dah settle dia punya, dia lah yang tolong tadi. Kalau tak, mau tungging terbalik mama. Pukul 2 jugaklah baru betul-betul settle semuanya. Diulang, betul-betul settle.

La ni nak pi mundar-mandir. Hahaha... Kerja dah siap, bolehlah bermundar-mandiran dengan senang hati. Hahahaha...


P/s: Jangan suka tangguh kerja kalau tak mau mengelupur disaat akhir.

Sekian.

Tuesday, 3 April 2012

Objektif Kualiti

Assalamualaikum...

Semua markah telah pun selamat diupload. Cuma tinggal KKB saja lagi. Bercinta betullah rasanya nak menghabiskan marking ni. 2 bundle lg..eh salah. 1.5 bundle. Hehehehe...

Ini semua $$$$$.

Pandai-pandai depa ni. 
Marking KKB sangat menyeronokkan sebab dapat claim. Bertambahlah $$$ dalam poket. Hehehehe. Rejeki anak-anak, kan. Tapi nak dapat $$$ bukan senang dek non! Kalau main zass jek memang senang. Naik juling mata tengok nombor tau.

Secara summarynya (menangis cikgu BM kat sekolah baca), untuk sem ni:

Objektif 1: Mencapai sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus.

MAT112   DTM1C   87.88%
                  DTM1D  63.33%

QMT181   DPA4B  91.67%
                  DBS3E  83.33%

Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya mama tahu yang mama ni not a bad lecturer, bolehlah jugak mengajar, kan... (*___*)

Erk...apa lagi eh objektif kualiti UiTM?

Frustrated

Assalamualaikum...

Mama baru saja settle upload markah-markah students mama. Pada mama, it's normal to have 2 or 3 (kalau tak ada lagi bagus) failed students in a class. Having 11 out of 30 students, which is about 36.67% failed students is totally new to me. Berderau sekejap tengok result depa.

Since awal sem dulu lagi, mama dah menjangkakan dah menda ni. Not really well prepared, but mama memang dah ready to have this.

Jangan nak disalahkan ibu mengandung kalau anak yang dilahirkan tak jadi "orang". As for this case, I blame the students themselves for not taking the opportunity given and for not working really hard. 5 out of the 11 were sent  to Klinik Math, but none of them showed up (dah pandai sangat).

They get what they gave!

Oh!Mama kena buat report.
Stress!!!

Monday, 2 April 2012

Piece of Arts

Assalamualaikum...

Mama just nak kongsi hasil seni kerja tangan Adam. Mama kagum ( and of course nak pujilah, kan) dengan Adam. Bila dia buat kerja mengaler dia, tekun sangat. (Tengok tv pun tekun jugak, tu yang sampai mama panggil pun tak dengar...(0__~) ). Cakar ayam dia dah menjadi semakin cantik.



Harap maaflah dengan kualiti gambar. Mama captured guna phone camera, tu yang kelabu + goyang tu (Macam lah guna camera lain tak goyang, kan). Hehehehe...

Actually, gambar tu mama lukis sebab nak tunjukkan maklang dia design dulang hantaran (baru dapat ilham).

Mama pun dah pandai lukis dah sekarang. Hehehehe \/ (^___^)\/