LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 29 February 2012

Drinking Water

Assalamualaikum...

Again, an interesting thing to share about. Hope to benefit everybody.

Kerana Bondamu Seorang Wanita

Assalamualaikum...

Hari ni sambil mama bermalas-malasan menghadap FB, mama tertarik-menarik dengan satu status yang dipost oleh sorang kawan FB mama. So, mama nak share dengan you all pulak.

Seorang anak bertanya kepada Allah, "Ya Allah, kenapa bondaku suka menagis?" Lalu Allah menjawab, "Kerana bondamu seorang wanita. AKU ciptakan dia sebagai makhluk yang sangat istemewa. AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat orang lain menyerah. AKU beri dia rasa kasih untuk menyintai anak-anaknya dalam keadaan apa pun. AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun hatinya disakiti oleh suami atau anak-anaknya. AKU beri dia kekuatan untuk mendorong anak-anaknya belajar mengenal dan menuju jalan redhaKu. AKU beri dia keindahan lahir dan kesabaran batin. Bondamu adalah makhluk yang sangat kuat. Disaat kau melihatnya menangis, itu adalah kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batinnya dan seterusnya memberinya kekuatan baru.  
This is sooo true.

Thank you Allah.

Monday, 27 February 2012

Office Baru

Assalamualaikum...

Hari ni mama bersiaran dari office baru. Yeayyyy...

Semalam mama datang dengan papa angkut semua barang-barang mama kat bilik lama. Bilik mama sebelum ni kalau you all tengok macam bilik guru kat sekolah-sekolah jek. Entah pasal apa, tempat tu dipanggil Anjung. Semua lecture nak dipudatkan kat situ, nak-nak lecturer baru. Selagi boleh. Tapi, bilik tu temporary jek. Since bangunan baru dah siap, and ramai jugak yang dah bertukar base ke KBM, makanya banyaklah bilik kosong. Dah nak masuk 2 tahun mama kat UiTM ni, baru 2 bulan ni dapat bilik. Lambat, kan?

For the moment, i miss the kepenuhan and the keriuhan kat Anjung. Kat Anjung pun sekarang ni dah kosong, kalau bukan sebab berhenti/sambung belajar, mesti dah pindah ke bilik masing-masing. Dah sunyi and tak berseri-seri dah Anjung tu.

Wednesday, 22 February 2012

Tanda-tanda Disayangi Anak

Assalamualaikum...

Sayang ibu atau ayah kepada anak-anak memang tak boleh dipertikaikan atau disangkal lagi. Tapi macam mana kita nak tahu anak kecil kita pun sayangkan kita?

Hari ni mama nak share 7 tanda seorang ibu atau ayah itu disayangi oleh anak kecilnya.

1Your newborn stares into your eyes.
He's actually working hard to memorize your face. He doesn't understand anything else about the world, but he knows you're important.

2Your baby thinks about you even when you're not around.
Between 8 and 12 months old, she'll start to scrunch her face and look around when you leave the room — and she'll smile when you return.
3Your toddler throws wicked tantrums.
Nope, those screaming fits don't mean he's stopped loving you. He wouldn't be so hurt and angry if he didn't trust you so deeply.
4Your toddler runs to you for comfort when she falls down or feels sad.
Kids this age may not truly understand the meaning of "I love you," but their actions speak louder than words.
5Your preschooler gives you a gift.
A flower picked from a garden, a finger-painted heart, a sparkly rock, or another small token is his way of saying you're special.
6Your preschooler wants your approval.
She'll start to be more cooperative around the house, and she'll look for chances to impress. "Look at me!" will become a catchphrase.
7Your grade-schooler trusts you with secrets, like his first crush or his most embarrassing moment.


I love you both too!
Muahmuah :D




Tuesday, 21 February 2012

Kata- kata Yang Membuatkan Ramai Sebak

Assalamualaikum...

Masa mama tengah update email, mama terjumpa pula email ni yang datangnya daripada VC UiTM, Dato' Sahol Hamid.

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

Bila mak kata dia teringat, kita kata kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita kata nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita kata nantilah kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita kata kerja kita tak sudah-sudah.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

TAPI...

Bila hati mak kita guris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita hiris,ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagaikan tiada kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gaal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh mengatakan bangga.


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan dan 
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan, 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya 
kerana 
keredhan Alllah terletak pada keredhaan ibubapa. 


Buat Abah yang sentisa dirindu,
Hanya rindu dan doa buat mu agar syurga menjadi milikmu. Semoga abah tenang dan bahagia.  

Buat Mak yang setia disisi,
Ampuni dan redhailah kak.

Ayah & Mak,
Banyak budi yang dihutangi. Kalian tempat menumpang kasih. Terima kasih atas segalanya.
Ampunilah segala kekurangan diri.



Menangis.

Tuesday, 14 February 2012

Tak Perlu Kata Apa-apa

Assalamualaikum...

Hari ni mama nak share 2 al-kisah yang pada mama agak kelakar, tapi tak perlu gelak kuat-kuat. Cukup sekadar senyum, tak perlu kata apa-apa.

:D

Al- Kisah Satu

Al- kisah berlaku kira-kira minggu lepas masa mama nak pergi bank. Disebabkan parking ciput depan bank dah penuh and sebab takut kena saman and kereta kecil tu kena cium, maka mama pun parking dekat satu parking lot persendirian yang berpenjaga.

Mama              : Berapa ringgit pakcik?
Pakcik penjaga: Dua ringgit. (Sambil mencatat nombor plat kereta).
Pakcik penjaga: Ekau orang Kedah ko? (Tengok muka mama sekejap and teruskan menulis)
Mama              : Aah, orang Kedah.
Pakcik penjaga: Bolajar mano? UiTM ko?
Mama              : Aah. Hehehehe... (Iyekan aje..)
Pakcik penjaga: Ekau bolajar botul-botul, ingat omak nun ha. Ekau ni jauh datang, omak siap bagi keto.
Mama              : Hehehehe...iye pakcik.

Senyum paling manis mama bagi kat pakcik penjaga tu. Oh pakcik! Kalaulah pakcik tahu, saya ni dah kerja.

Al-kisah  Dua
Al-kisah diriwayatkan oleh papa kepada mama dua, tiga minggu lepas. Kisahnya adalah perbualan manja antara papa and bujang besarnya.

Adam: Papa, papa.. aeroplane. (Ada kapal terbang lalu agaknya)
Papa  :Huiyyo...aeroplane.
Adam: Adam nak naik aeroplane.
Papa : Yelah, nanti Adam dah besar, Adam naiklah aeroplane. Adam nak bawak aeroplane pun boleh.
Adam: Tak nak, Adam tak nak bawak aeroplane. Adam nak bawak lori.
Papa :?@#$%^&?

Bila anak terlalu obses dengan segala macam lori, hanya lori dihatinya. Oh, anak! Only if u know, bawak aeroplane tu lagi masyuk dari bawak lori. Hehehehe...

Monday, 13 February 2012

Selesai 2 Perkara

Assalamualaikum..

Pagi-pagi hari Sabtu lepas (tak adalah pagi bebeno.. hehehehe) mama and papa pergi tadika Adam. Adik pun harus diangkut sekali. Tadika Adam ada buat colouring contest, sampingan kepada ceramah kesihatan dan keselamatan. Mama tak dengar satu pun ceramah-ceramah tu. Hehehehe...


Adik paling sebok.

Ramainya kanak-kanak.

Peace, yo.

Pendengar ceramah

Anak-anak tekun mengcolour.
Tak sempat habis ceramah and demonstrasi bagai ni lagi, mama dah beransur ke pasar berhampiran sebab nak membeli kerang dan segala macam sayuran yang tak dibeli semalamnya. 

See... betapa menyeboknya budak kecik tu.
Harus tidak dibawa ke pasar.
Balik je dari pasar, mama, MIL, lil SIL, and seluruh isi rumah pun mula menyebukkan diri masing-masing. Menu yang mama plan and approved by papa were:

Cake that turned out very sememeh with a cannot resist taste. Hehehe
Specially prepared by mama and decorated by Mak Usu, lil SIL.

Other food prepared were mee kari and rojak buah.


This was our (mama and papa) first ever birthday celebration. Sebelum-sebelum ni, we all cuma seronok makan kat luar je, or else, beli kek, tapau kfc, then makan beramai-ramai adik-beradik, kaum kerabat. Tiba-tiba, time birthday adik ni, mama terasa macam nak celebrate sikit-sikit. Yang dijemput pun cuma jiran sebelah MIL sefamily and 'kawan minum di surau' FIL. Hehehehe... 

Walaupun celebrate kecil-kecilan je, tapi seronok jugak. Hehehehe...


Adik dan kawan-kawan

FIL dan kawan-kawan.

Tak sah lah birthday kalau tak potong kek, kan?

Tetamu

MIL dan kawan. Hehehe...
Terasa macam nak buat lagi. Who's next?