LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 21 February 2012

Kata- kata Yang Membuatkan Ramai Sebak

Assalamualaikum...

Masa mama tengah update email, mama terjumpa pula email ni yang datangnya daripada VC UiTM, Dato' Sahol Hamid.

KATA-KATA YANG MEMBUAT RAMAI SEBAK

Bila mak kata dia teringat, kita kata kita sibuk sangat.
Bila ayah kata dia rindu, kita kata nantilah hujung minggu.
Bila mak minta kita pulang, kita kata nantilah kita belum lapang.
Bila ayah minta kita singgah, kita kata kerja kita tak sudah-sudah.
Bila hati kita terguris, kita kata "Mak tak pernah faham".
Bila hati kita terhiris, kita kata "Ayah memang tak ambil kisah".

TAPI...

Bila hati mak kita guris, mak kata "Tak apa, dia masih muda".
Bila hati ayah kita hiris,ayah kata "Tak apa, belum sampai akalnya".
Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagaikan tiada kaki.
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
Bila kita sedih kerana gaal, mak setia membekalkan cekal.
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah tetap teguh mengatakan bangga.


Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan dan 
segaris luka dihati ibu kerana kederhakaan, 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya 
kerana 
keredhan Alllah terletak pada keredhaan ibubapa. 


Buat Abah yang sentisa dirindu,
Hanya rindu dan doa buat mu agar syurga menjadi milikmu. Semoga abah tenang dan bahagia.  

Buat Mak yang setia disisi,
Ampuni dan redhailah kak.

Ayah & Mak,
Banyak budi yang dihutangi. Kalian tempat menumpang kasih. Terima kasih atas segalanya.
Ampunilah segala kekurangan diri.



Menangis.

No comments:

Post a Comment