LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 9 February 2012

Special Day


Assalamualaikum..

Sweet smile of a sweetheart. 
Hari ni, 9 Februaari 2012, adalah hari ulangtahun kelahiran adik yang pertama-tamanya. Yeayyy... anak mama dah besar!

Sekejap je ye. Mama rasa macam baru je mama tinggalkan wad bersalin. Terbayang-bayang lagi suasana kat wad kanak-kanak yang mama duduk temankan adik 4 hari 4 malam tu sebab G6PD deficiency adik.

Paling mama ingat masa adik kena tahan kat Hospital Melaka sebab prolong jaundice. Teresak-esak mama menangis masa nak tinggalkan adik kat wad. Hahahaha... Mama tunduk jek masa berjalan nak ke kereta tu.  Malu pulak nak mengadap jelingan orang. Hahahaha... Mama tak boleh stay sebab katil yang ada limited and time tu, semua dah penuh. Kalau nak, kena letak nama kat waiting list. Mama sedih sangat bila kena tinggalkan buah hati kesayangan mama ni. Tup-tup, esoknya dah boleh balik.

Adik masuk wad lagi, masa umur adik 7 bulan. Adik demam panas and masa kat rumah atok, adik kena sawan (fit). Temperature badan adik tinggi sangat, 39C-40C. Malam  tu, masa mama temankan adik dekat wad, sekali lagi adik kena attack. Mama takut sangat. Masa tu mama asyik berdoa semoga Allah panjangkan umur adik. Alhamdulillah, itu lah last adik kena. Syukur sangat-sangat bila nurse kata result darah adik ok, which means adik fit sebab temperature badan tinggi sangat. Alhamdulillah.

Sampai situ saja episod susah hati mama kat adik. Moga-moga tak ada  lagi lah lepas ni, ye! Mama sentiasa mengharapkan and mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak mama, baik abang mahu pun adik. Dua- dua mama sayang.


My dear little precious, 
MUHAMMAD AFIF HAKIMI

Wishing you love, sunshine and laughter,
Not only for today, but the day after.

You are my rainbow,
That will always glow.

HAPPY BIRTHDAY, SAYANG.

No comments:

Post a Comment