LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 7 February 2012

Plan

Assalamualaikum...

Walaupun cuti dah panjang, (panjang lah kan, selalu dua hari aje..hehehehe), hari ni tetap masuk kerja dengan separa lemau. Hahaha... Lemau sebab malas.

Hari ni, 830 pagi baru Adam pi sekolah. Tu pun lepas dah nangis sakan dan kena ugut nak kena rotan dengan pakcik. Mama pun dah sogok dia yang pakcik akan jemput dia naik motor nanti. Hehehe...Ah, entah ye, entah tidak. Pakcik dah nak balik.

Mama masih menimbang tara sama ada nak beli or buat sendiri kek birthday adik nanti. Oh ye. Adik akan genap setahun lusa, 9 Februari. Sekejap bebenor rasanya. Macam terngiang-ngiang lagi PM Wan mengomel tentang betapa cepatnya masa berlalu masa mama jumpa dia hari tu.

Sebut pasal kek, mama dengan rajinnya hari Ahad hari tu telah berjaya mengukus sebiji kek coklat. Kagum mama dengan diri sendiri. Hahahahaha....

Berasap sakan. Kembang semangkuk, i tell u!

Hasil yang tak sia-sia.
Sebenarnya, mama guna ready mix je. Beli dah lama, cuma baru ter-rajin. Hehehe... Really senang. Balik, godak-godak telur, air and susu, then masukkan cake mix tu, restkan dia 5-10 min, terus kukus 45 min - 1 jam. So, sape-sape yang baru kahwin tu (ehem..ehem), rasa nak mengkagumkan husband anda, sila lah cuba try test. Mesti senyum sampai ke telinga, you. Walau pun papa tak puji, mama tetap nak senyum sampai telinga.

o________o

Kagum dengan diri sendiri. Hehehehe... ( Tak habis-habis..)

Untuk birthday Adik esok, lusa ni mama verangan tak ingat nak buat kek ni..

Rainbow Cake Martha Stewart

Gambar: Uncle Google
Mungkin mama akan guna resipi yang sama macam chocolate cake mama, tapi dicolourkan macam ni. Ok tak? Hahahaha...




No comments:

Post a Comment