LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 29 February 2012

Kerana Bondamu Seorang Wanita

Assalamualaikum...

Hari ni sambil mama bermalas-malasan menghadap FB, mama tertarik-menarik dengan satu status yang dipost oleh sorang kawan FB mama. So, mama nak share dengan you all pulak.

Seorang anak bertanya kepada Allah, "Ya Allah, kenapa bondaku suka menagis?" Lalu Allah menjawab, "Kerana bondamu seorang wanita. AKU ciptakan dia sebagai makhluk yang sangat istemewa. AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya. AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman. AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat orang lain menyerah. AKU beri dia rasa kasih untuk menyintai anak-anaknya dalam keadaan apa pun. AKU kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walaupun hatinya disakiti oleh suami atau anak-anaknya. AKU beri dia kekuatan untuk mendorong anak-anaknya belajar mengenal dan menuju jalan redhaKu. AKU beri dia keindahan lahir dan kesabaran batin. Bondamu adalah makhluk yang sangat kuat. Disaat kau melihatnya menangis, itu adalah kerana AKU beri dia air mata untuk membasuh luka batinnya dan seterusnya memberinya kekuatan baru.  
This is sooo true.

Thank you Allah.

No comments:

Post a Comment