LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 13 June 2012

Apa Kata Adam?

Assalamualaikum...

Isnin lepas (11 Jun), papa bawa Adam ke Hospital Melaka for speech therapy. Sejak bersekolah, Adam semakin petah bercakap, walaupun still ada pelat-pelat sikit. Tapi still kena go for the therapy, once in 2-3 month.(Eh, betul ke pa?)

Papa kata, untuk appointment speech ni, kita kena sharp, means kena sampai on time. Kalau appointment pukul 8am, 7.59am sekurang-kurangnya kita dah terpacak kat sana. For each patient yang go for speech therapy ni, depa (the therapist) allocate plus minus 30 minutes. Setakat ni, mama rasa adalah kot 2 kali mama ikut Adam pi appointment ni.

Apa yang mama tengok, bila dengan therapist ni, Adam sangat mendengar kata and very co-operative. Pernah masa tu, mama ikut Adam, and masa nak start session Adam tu, Adam ada main sesuatu yang kotorkan tangan dia (pegang kasut kot! Dah lupa la...hehehe). Therapist tu bawa Adam pergi sinki, suruh Adam cuci tangan (with soap and water ok!) lap tangan kering-kering, then buang tissue tu dalam bakul sampah. Adam ikut tanpa 'eh' sekali pun. Betapa lah dia ni suka nak dengar cakap orang lain daripada mama papa dia sendiri, kan?

Masa appointment baru-baru ni, papa kata papa pasang telinga, cuba dengar apalah yang therapist tu buat dengan Adam, kan. Oh, ye! Session ni dia buat dalam bilik (macam-macam toy ada, ok dalam bilik ni. Thats why la Adam super happy to go for his session) and parents tak boleh masuk.

Adam: Lembu
Adam: Ayam

(Mungkin therapist tu tunjuk flash card kot.)

Adam      : Lembu
Therapist : Bukan lembu. Apa ni?
Adam      : ??? (Blur kot, sebab tak cakap apa-apa)
Therapist : Ku...
Adam      : Ku...
Therapist : Kuda
Adam      : Kuda

Hahaha...Mama gelak jek bila dengar papa cerita. Iyelah, manalah Adam ni pernah tengok kuda. Kalau setakat lembu, kambing, ayam tu dia taulah, kan. Hari-hari dia tengok. Tulah, nama jek ada Zoo Melaka, bukannya nak pergi,kan. Animal Planet jauh sekalilah. Memang tak termasuk pun dalam list wajib tonton dia (and mama, too... Hehehe).

Therapist : Ibu Adam mana?
Adam      : Ibu...Ibu...Ibu...
Therapist : Ibu Adam kerja?
Adam      : Mama kerja.

Ni lagi satu. Manalah Adam tahu ibu, sebab mak dia, dia panggil mama. The one and only ibu yang dia kenal is makcik yang jaga dia masa kat nursery masa atuk and nenek pergi haji tahun lepas. Itu pun agaknya susah dia nak explain ibu jaga baby (tapi jaga kawan-kawan jugak). Hahahahaha...

Therapist : Mama pergi kerja naik apa?
Adam      : Mama work car mama kancil.
Therapist : Oo..Mama naik car kancil. Adam datang dengan papa naik apa?
Adam      : Car tok owah.
Therapist : Ha? Car Tok Owah?
Adam      : Car Tok Owah.

Hahaha... Mama dapatlah membayangkan betapa cluelessnya therapist tu how car tok owah is look like. There is no such car yang sipi-sipi sounds like "Tok Owah".  Hahahaha... Tok Owah is actually Tok Dollah, which is atuk dia. Apa yang Adam cuba bagitau kat therapist tu was that, papa pinjam car atuk bawa dia pi hospital.

Car Tok Owah

"Ouhhh...Saya ingatkan kereta apalah tok owah ni" kata therapist tersebut selepas diexplainkan oleh papa.

Hahahahaha...

No comments:

Post a Comment