LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 27 June 2012

Sembang Secara Pukal

Assalamualaikum...

Perlu ke mention secara pukal? Bukan selama ni memang semua sekali kaut jek ke sembang? Hehehehe...

Students dan Students

Semalam mama ada kelas 430pm, kelas pre-com. Bayangkan jelah, sampai naik letih mama nak tunggu all day long for that class, bila masuk kelas jek, mula lah nak naik hantu. (Kat bukit-bukau kayangan sana memang berhantu pun, kan??) Rasa nak marah jek. Students pulak, harap maklum jelah, budak pe-com. Depa ni memang lain sikit. Tu yang nak meruap jek rasa tu. Yang paling buat mama nak hangin satu badan tahap dewa tu, adalah pulak students yang tak faham bahasa ni nak tumpang kereta mama. Amboih! Banyak cantik muka? Ingat mama ni kakak angkat depa ke?

Silap mama jugak. Jumaat last week, masa depa mintak tumpang, mama tumpangkan le. Yela, tak sampai hati pulak nak tolak, kan. Mana lah pulak mama nak tau yang lepas tu hari-hari depa nak mintak tumpang. Tolonglah! Terus mama rasa annoyed gila. Mama tengok budak-budak ni pun dah lain macam dah. 

Tengah mama bebai-bebai masa dah habis kelas tu, tiba-tiba students mama sem lepas tegur. Siap bersalam, ber"i miss u so much-i miss u too" and berpeluk-peluk bagai, terus rasa macam cool. Hehehehe....


DL and KG
Papa adalah tanya mama semalam, why oh why lah uols asyiklah dok tanya pasal DL ( Dean List) ke tak DL ni. Sebab katanya, he never concerned pasal mende alah ni masa study kat UTM dulu. Everytime dapat result, yang selalu ditanya adalah KG ( Kedudukan Gagal) ke tak. Memang tergelak lah mama masa dengar papa cerita semalam. Aah lah, kan. Ye tak ye jugak. 

Papa kata, zaman dia dulu, depa tak diguide pun masa nak daftar subject, main daftar ikut suka hati jek. Sudahnya, diri sendirilah yang KG sebab daftar subject tahun 4 masa tahun 1. Sekarang ni, students dah senang, masuk-masuk jek fakulti dah guide which subject nak register. (<--- Defensive sangat nih!) (^___^)


Cakap Apa?
Berikut adalah kejadian yang berlaku lepas mama mengepau kiss daripada Adam sebagai upah bancuh susu..Hehehe...

Mama: Kena cakap apa?
Adam: Sowi..
Mama: Bukanlah. Dah kiss kena cakap apa?
Adam: Taceh.
Mama:Bukanlah. I...
Adam:I...sowi.
Mama: Bukan.
Adam:Ba ba yu?
Mama: Ha...Pandai pun. Lepas kiss kena lah cakap "I love u".

Bila dah banyak sangat "cakap apa?", naik confius dah budak tu. Walaupun ditanya bertubi-tubi oleh mama, tetap ni mata tu dok tengok TV. Adam...Adam...


Masterchef Selebriti
Currently, favourite show mama kat TV is Masterchef Selebriti, Astro 104. Padahal, Masterchef yang sebelum ni (alah, yang Dr. Ezani menang tu) tak pernah tengok pun. Kalau tengok pun, yang ulangan punya. Kali ni, punyalah mama ni siap jadi penonton setia ni. Janganlah time cerita mama ni, ko nak tengok kartun or whatsoever. Memang boleh membuatkan mama menjadi mak naga sekejap. Hehehehe...

Tapi kan, dalam pada dok setia bukan main dengan cerita tu kan, terlepas tengoklah jugak mama dengan episod penyingkiran yang mana masa tu, Tanuja keluar. Mama jadi sadis pulak nak tengok bila mana Tomok kena masuk penyingkiran. It's not that mama ni peminat kejung Tomok, tapi it's more like kesiannya nak tengok dia kicked out selepas bertungkus-lumus segala-mala.

Semalam, palinglah rasa macam sedih sangat. (Sedih la sangattt, kan!) Boleh lah pulak si Jehan Miskin ni terkeluar. Sayu sungguh mama rasa. (Drama sangat!) Setelah 5 minggu katanya dalam masterchef selebriti ni, akhirnya Jehan tersungkur dengan Kari Hari-hari Mau nya yang kata Papa Joe, indah rupa dari rasa. Oh no! Sadis sungguh komen beliau. Apa-apa pun, it's not the end of the world. Jehan dah keluaq, ramai lagi ada dalalm tu.

Oh, by the way, mama strongly believe that Datuk Fazley will win. Just wait and see lah!


No comments:

Post a Comment