LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 7 June 2012

Ujian Allah

Assalamualaikum...

Baru jek kejap tadi, mama baca status seorang friend mama kat FB. Actually, friend mama ni senior mama masa kat maktab dulu. Mama rasa sedih bila baca status dia yang mengupdate pasal keadaan anak dia, baby Aufa umur 9 bulan, disahkan menghidap left hemiplegia and gross motor delay.

Baby Aufa.
Source FB Kak Yatie

" Umo 9 bln tp brt.bru 6.7kg... 9 bln still x pndai mergkak... Mniarap sekejp dh xtahan.. X gune tgn kiri utk pgang pape or ain... Saiz kaki kiri kcil sdkit bbnding kanan..."- Kak Yatie

Aufa disahkan menghidap left hemiplegia and gross motor delay ni lepas dah buat MRI. Melalui MRI, aktiviti otak dapat dilihat, and bagi kes Aufa, kata Kak Yatie, doktor tengok otak kanan dia since otak kanan kawal bahagian badan sebelah kiri.

Apa yang dapat mama search sikit dengan pakcik G tadi, left hemiplegia and gross motor delay ni boleh disebabkan oleh dua benda, iaitu cerebral palsy and neuromuscular disorder. (<---Please aks Uncle G, tq! Hehehehe...).

Sebagai ibu, mama sangat memahami perasaan Kak Yatie sekarang ni. Tak kira apa sekali pun keadaan seseorang anak tu, dia tetap istemewa bagi ibu yang mengandung dan melahirkan dia.

Nasihat mama, for those yang belum ada anak lagi (ramai kawan mama yang baru kahwin ni), penjagaan kesihatan masa pregnant adalah sangat penting. Diulang, SANGAT PENTING. Ada some of the mommies out there (mungkin depa tak belajar tinggi mana, jadi depa kurang ilmu), pada depa, check up masa mengandung adalah menyusahkan. Yes, it is agak mengganggu. If you taknak gangguan, dont get pregnant. Senang jek. Once you got pregnant, jaga kandungan betul-betul.

Masa mama mengandungkan Adam dulu, pernah ada seorang perempuan Cina ni tegur mama, kenapa awal sangat datang jumpa Dr. Masa tu mama baru 4 bulan pregnant, baby bump pun tak nampak lagi, masih boleh pakai jeans ketat lagi. Hehehehe. Ada orang, mengandung dah 4-5 bulan, buku merah pun tak buat lagi. Penting bila buat buku merah ni ialah kita dah boleh start check-up. Tak kisahlah masa tu kita baru pregnant 4 minggu pun.

Bila kita pergi for check-up, our BP (blood pressure), urine, Hb akan dimonitor. If ada yang tak kena, misi bebel-bebellah sekejap. Adatlah tu. Bukannya dia saja-saja nak marah sebab sakit hati dengan kita, dia marah supaya kita jaga diri kita, kita kena ingat, kita bertanggungjawab untuk satu lagi nyawa.

Tak cukup dengan monitor segala bagai tu, mummies jugak akan dibekalkan dengan 3-4 macam ubat. Sepanjang mama mengandung dulu ( dah 2 kali dah), ubat yang selalu dapat, tiap kali pi check-up ialah Vit C (Ascorbic Acid) and Folic Acid. Selalu mommies skip ubat-ubat ni, sebab depa kata, bila makan ja ubat ni, depa muntah. Entahlah, pada mama, tahan jelah. Demi anak.

Masa pregnant, penting jugak mummies jaga pemakanan. Mama sangat jaga sebab mama takut bila pi check-up nanti, Hb low. Kalau darah untuk mak pun tak cukup, macam mana nak support baby dalam perut? Baby sangat bergantung kepada darah, sebabnya dari situlah dia nak dapat food and oksigen. Pada mama senang je, mama takut baby retarded, sebab tak cukup food and oksigen. (Mungkin pendapat mama ni medically totally out, but still, ini pendapat mama yang mama pegang sampai hari ni).

Once dah pregnant, usahalah sehabis mungkin untuk bagi yang paling terbaik kepada baby kita, sebabnya apa-apa pun, ia akan berbalik kepada kita.

Untuk kes Aufa, mama percaya Kak Yatie dah bagi yang terbaik masa pregnantkan Aufa dulu, ini semua qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan. Semoga Kak Yatie sekeluarga tabah dengan ujian Allah ni.

Oh, by the way, childeren with hemiplegia and gross motor delay ni boleh dilatih. Soon, with proper and continuous training,  Aufa can use his left hand and foot. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment