LOVE LOVE

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 1 March 2017

In My Definition of ... Nasi Tomato and The Geng

Assalamualaikum.

Hai uolsss. Bertabahlah ye. Agaknya mama baru kena sampuk dengan hantu masak, tu yang balik-balik menge-share resipi aje. Hihihi.

Hari ni nak share sikit resipi Nasi Tomato and kaum kerabatnya. Hehehe. Kisahnya, tetiba hari Sabtu last week teringin nak makan nasi tomato. Tu yang terus esoknya pergi masak kat rumah MIL. Biasalah uolsss, makyong memang camni. Hahaha. Selera dia unpreditable sikit. Pulak tu tekak kemain pulak cerewetnya,  Masak sendiri jelah.

Nasi Tomato and The Geng. 

Uolss jangan risau. Resipi mama, insyaAllah, kalau uolss ikut memang cepat siap punya. Mama masak semua ni 1 jam 20 minit dah siap, boleh makan dah. Hehehe. Cepat ke lambat tu? Acar tu jelah, mama minta MIL buatkan. Kalau MIL korang ada, mintala dia tolong buatkan untuk korang. Hahaha. 

Ok dah, dah. Jom check-check-chek it out. 



NASI TOMATO

Bahan-bahan:
3 pot beras - dicuci 
1 labu bawang besar (size sedang) - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk 
3 sudu besar tomato puree
1/2 tin susu cair
3 helai daun pandan - dicarik dan disimpul
Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga engkih dan buah pelaga)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak & butter untuk menumis  

Cara-cara:
1- Masak nasi guna rice cooker macam biasa. Sukatan air juga seperti biasa. 
2- Dalam kuali / periuk yang lain, panaskan minyak dan sedikit butter. 
3- Masukkan bahan-bahan tumbuk. Gaul rata. 
4- Masukkan rempah tumis dan daun pandan. Kacau hingga bahan tumbuk garing dan naik bau. 
5- Masukkan tomato puree. Gaul sekejap. 
6- Masukkan susu cair. Biarkan seketika. 
7- Perasakan dengan garam dan gula. 
8- Bila dah menggelegak, padamkan api dan tuang hasil tumisan ke dalam rice cooker. 
9- Adjust garam dan gula, jika perlu. 
10- Tunggu hingga nasi masak. Jangan lupa untuk menggaul nasi sekali- dua. 



AYAM MASAK KICAP PEDAS

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dibersihkan dan digaul garam kunyit.
3-4 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris membulat
1 sudu besr sos cili
Kicap
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun bawang dan daun sup - untuk hiasan

Cara-cara:
1- Goreng ayam dan ketepikan. 
2- Alihkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 
3- Tumiskan cili kisar  hingga garing. 
4- Masukkan kicap dan sos cili. 
5- Tambahkan sedikit air, jika mahu lebih berkuah. 
6- Perisakan dengan garam dan gula. 
7- Masukkan ayam dan bawang besar. Gaul rata dan biarkan seketika. 
8- Taburkan daun bawang dan daun sup. 
9- Padamkan api dan siap untuk dihidang. 



AYAM MASAK SOS

Bahan-bahan:
2-3 keping dada ayam ( mana-mana bahagian kesukaan) - dipotong memanjang
1/2 inci halia - dicincang
1 ulas bawang putih - dicincang
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 sudu kecil white pepper
1 sudu kecil black pepper
1 sudu besar sos tiram
1 susu  besar sos cili
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung gandum
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan:
1- Perap ayam dengan bawang putih tumbuk, white pepper, black pepper, sos tiram dan  garam. 
2- Dalam bekas berasingan, satukan semua jenis tepung dengan sedikit garam. 
3- Panaskan minyak. 
4- Salutkan isi ayam dengan tepung dn gorengkan hingga kekuningan. Ketepikan.
5- Alihkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 
6- Tumiskan bawang putih dan halia yang dicincang hingga naik bau. 
7- Masukkan sos cili dan sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 
8- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. 
9- Boleh ditaburkan daun bawang sebelum dihidangkan. 



ACAR TIMUN & NANAS

Bahan-bahan:
1 biji timun jepun
1/2 biji nanas
1 labu bawang besar (saiz sederhana) 
1 biji cili besar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit cuka - optional

Cara-cara:
1- Semua bahan dihiris ikut kesukaan masing-masing.
2- Satukan garam, gula dan cuka. Gaul hingga gula dan garam cair. 
3- Masukkan semua bahan yang telah dipotong. Gaul rata. 
4- Sedia untuk dihidang.

p/s:
#1- Supaya kerja jadi lebih cepat dan teratur, make sure masak nasi dulu sebelum mula dengan kerja-kerja lain (kopek bawang, cuci ayam, etc) sebab nasi akan ambil masa yang lama.
#2- Kalau nasi terlembik atau kurang masak (jelantah), kukuskan aje. Berapa lama? Hingga nasi masak betul atau dah tak benyek. 
#3- Resipi mama ni adalah yang paling basic (rasanya lah). Silalah ubahsuai ikut kreativiti uolss-uolss sekalian, ok. 
#4- Untuk orang yang baru nak  berlatih didapur, mungkin ambil masa lebih sikit kot- compared to mama. Sementara nak biasa, uolss. Iolss dah seploh tahun berkecimpung dalam arena kedapuran ni uolss. 
#5- Cubalah, jangan tengok aje ye. 

Muahcikedd!





No comments:

Post a Comment