Semua mak didunia ni, setiap makanan yang masuk mulut suami and anak-anak dia tu, kalau boleh, dia nak dari air tangan dia sendiri. Tapi hidup zaman sekarang ni, mak-mak pun kena keluar kerja nak tampung income family. Dah kalau kerja, kadang balik, tak sempat pun nak masak.
Mama sangat-sangat bersyukur dengan kerja dan keadaan mama sekarang. Tak perlu nak tempuh traffic jam pergi dan balik kerja, waktu kerja yang flexible , and macam-macam lagi lah. Nak diikutkan, sebenarnya, mama ni lagilah takdak alasan untuk tak masak dirumah. Kalau dah pemalas tu, apo nak dikato lagi haaa. Hehehe.
So, kali ni, sempena Ramadhan yang mulia lagi 3 hari je lagi ni, mama nak share tips, yang harap-harap dapatlah tolong mak-mak yang teringin sangat nak masak, tapi selalu tak cukup masa. Mudah-mudahan tips ni berguna untuk korang, ye.
Ingat post mama yang lepas pasal sambal ayaq mata tu? Kan dah buat sebalang hari tu? Meh mama ajaq macam mana nak guna. Hahahaha.
Tips #MakHangHebat 1: Sambal Ayaq Mata
#1- Served as sambal belacan.
#2- Kangkung Goreng Belacan
#3 Ayam Goreng Berlado
Ayam tu gorengle dulu, ikut tahap macam mana korang suka la. Pastu tumis sambal dalam 1-2 sudu (lebih pun takde hal, ikut suka korang lerrrrr). Agak-agak sambal dah wangi, masuk ayam. Kalau suka, boleh potong bawang besar, masukkan sekali. Gaul-gaul, dah siap.
Ayam tu boleh ganti dengan apa-apa haiwan yang korang rasa sesuai. Ikut tekak masing-masing.
#4- Nasi Goreng Kampung
Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Asingkan lebihan minyak dan tinggalkan sikit untuk menumis.
Tumis sambal ikut berapa pedas korang nak, tengok nasi jugak. Kang nasi sejemput, ko gi bedal letak sambal sebyak-banyaknya. Melecet bontot nanti, berulang ke jamban je kejenye. Hehehe.
Masukkan sayur campur (mix vegies- kalau suka). Mama letak kacang panjang yang dah potong. Kacau sekejap hingga sayur dah lembut.
Masukkan nasi, tabur garam sikit. Nak lagi senang, nasi tu, gaul siap-siap dengan garam sebelum masukkan dalam kuali. Nasi tu kalau boleh ramas-ramas dulu bagi dia lerai. Takdelah seketul bentuk periuk tu ko masuk dalam kuali. Kang sejam je keje nak menggaul tak habis-habis. Kacau rata.
Buat lubang kat tepi/tengah nasi, pecahkan telur dalam 1-2 biji (ikut amaount nasi) dan kacau sampai telur jadi macam scramble egg sikit. Baru gaul sekli dengan nasi semua.
Kacau lebih kurang, padam api. Masa nak serve boleh tabur ikan bilis yang dah digoreng awal tadi. Barulah rasa macam kedai mariii nasi goreng kita. Hihihihi.
#5- Scramble egg pedas
Ni lauk favourite mama masa pregnantkan Kakak dulu. Eh, sekarang pun favourite lagi.
Tumis sambal dalam 1-2 sudu (macam biasalah, weh). Kalau suka, boleh potong-potong bawang and campakkan sekali.
Pecahkan telur dalam 2-3 biji. Kacau sampai agak-agak dah kering sikit.
Padam api and hidang.
Masa nak makan, curah pulak kicap manis. Boleh habis seperiuk nasi time sahur, baq hang. Hehehe .
#6- Pucuk Ubi Goreng Pedas Hawhaw
.
.
.
.
.
Setakat ni jelah yang mama mampu pikir. Hahahaha. Kalau ada lagi yang mama terpikirkan kemudian ni nanti, mama share le lagi ye.
No comments:
Post a Comment